Judul : Pelakon Remaja 'The Flash' meninggal dunia
link : Pelakon Remaja 'The Flash' meninggal dunia
Pelakon Remaja 'The Flash' meninggal dunia
Bintang yang sedang meningkat naik itu muncul dalam lapan episod dalam musim pertama siri adi wira tersebut.
Ibu Logan, Marlyse Williams mengesahkan berita pemergian anaknya pada Khamis lalu namun tidak menyatakan sebab kematian.Pelakon utama "The Flash" Grant Gustin melalui akaun Instagram mengucapkan takziah di atas pemergian Logan.
“Saya baru dapat berita menyedihkan Logan Williams meninggal dunia secara tiba-tiba.
"Gambar ini dirakam pada awal penggambaran episod pertama 'The Flash' pada 2014.
"Saya amat kagum dengan bukan sahaja bakat yang ada pada Logan, tetapi juga professionalismenya di set.
"Ingatan dan doa saya dititipkan buat mendiang dan keluarga dalam suasana yang pastinya amat sukar buat mereka," tulis Gustin.
Williams dilahirkan pada 9 April 2003 di Vancouver, Kanada.
Selain The Flash, mendiang turut membintangi drama 'When Calls the Heart' sebagai Miles Montgomery.
Demikianlah Artikel Pelakon Remaja 'The Flash' meninggal dunia
Sekianlah artikel Pelakon Remaja 'The Flash' meninggal dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pelakon Remaja 'The Flash' meninggal dunia dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2020/04/pelakon-remaja-flash-meninggal-dunia_4.html