Judul : [TIOMAN] 7 KELUARGA TERIMA BANTUAN KERAJAAN NEGERI
link : [TIOMAN] 7 KELUARGA TERIMA BANTUAN KERAJAAN NEGERI
[TIOMAN] 7 KELUARGA TERIMA BANTUAN KERAJAAN NEGERI
Sejurus selepas mendapat laporan kebakaran rumah penduduk, YB. Dato' Sri Haji Mohd Johari Bin Haji Hussain, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia ,Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang yang juga ADUN Tioman terus bergegas menziarahi penduduk yang ditimpa musibah kebakaran itu di Kampung Tekek, Pulau Tioman semalam.
Beliau telah menyampaikan bantuan segera dari Kerajaan Negeri Pahang dan bantuan peribadi bagi meringankan beban 7 keluarga yang telibat dalam kebakaran itu.
Beliau juga telah mengadakan perbincangan bersama penduduk dan JKKK Kampung Tekek dalam mencari jalan penyelesaian terbaik untuk penempatan sementara kesemua penduduk yang terlibat. Sebahagian mangsa kini ditempatkan di Balai Bomba Kampung Tekek.
Kerajaan Negeri Pahang yang ditunjangi Barisan Nasional (BN) dibawah pimpinan YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail sentiasa mengambil berat masalah rakyat dan akan melakukan yang terbaik dalam membantu penduduk terutama yang sedang ditimpa musibah.
Sama-samalah kita doakan semoga kesemua mangsa kebakaran ini diberi kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah, Kerajaan Negeri Pahang akan terus memantau dan memberi perhatian sewajarnya.
Demikianlah Artikel [TIOMAN] 7 KELUARGA TERIMA BANTUAN KERAJAAN NEGERI
Sekianlah artikel [TIOMAN] 7 KELUARGA TERIMA BANTUAN KERAJAAN NEGERI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [TIOMAN] 7 KELUARGA TERIMA BANTUAN KERAJAAN NEGERI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2020/01/tioman-7-keluarga-terima-bantuan.html