ISU TH: PEMIMPIN PH CUBA JADI HERO, TETAPI KECUNDANG FAKTANYA

ISU TH: PEMIMPIN PH CUBA JADI HERO, TETAPI KECUNDANG FAKTANYA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ISU TH: PEMIMPIN PH CUBA JADI HERO, TETAPI KECUNDANG FAKTANYA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ISU TH: PEMIMPIN PH CUBA JADI HERO, TETAPI KECUNDANG FAKTANYA
link : ISU TH: PEMIMPIN PH CUBA JADI HERO, TETAPI KECUNDANG FAKTANYA

Baca juga


ISU TH: PEMIMPIN PH CUBA JADI HERO, TETAPI KECUNDANG FAKTANYA






Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris membidas kenyataan YB Faiz Fadzil, ADUN Permatang Pasir yang berpendapat ianya adalah satu cubaan lemah untuk menyelar dan merendahkan hujahan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki mengenai pendedahan skandal penjualan tanah TH Plantation Berhad (THP).

Jelasnya, persoalan-persoalan pokok yang dibangkitkan oleh sidang akhbar Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki masih tidak dijawab dan hanya menggunakan hujahan ‘superficial’ dan ‘kosmetik’ seolah-olah menyangkakan bahawa rakyat Malaysia ini bodoh dan mudan dikelirukan.

“Sebagai contoh, YB Faiz Fadzil cuba membawakan isu peningkatan jumlah hutang THP yang ‘mendadak’ dari tahun 2009 sehingga 2018. Namun beliau tidak menyebut langsung bahawa saiz ladang THP juga meningkat sehingga mencecah 101,000 hektar.

“Adalah normal bagi entiti perniagaan mendapatkan pembiayaan (hutang) untuk menambah aset bagi tujuan pembesaran operasi perniagaan (business expansion),” katanya dalam kenyataan yang disisrkan menerusi laman Facebooknya.

Dr Najmil Faiz turut meminta YB Faiz Fadzil harus jujur dalam kenyataan beliau dan bertanya adakah YB sebenarnya menyokong penjualan 76.2% tanah-tanah milik THP sehingga menjadikan baki tanah ladang yang tinggal bagi THP sekadar 24,000 hektar?

“Apakah YB Faiz Fadzil sudi berkongsi kepada masyarakat awam mengenai mengapakah jurunilai baru perlu dilantik walhal nilai buku tahun 2017 bagi syarikat BSV dan MW iaitu RM366.5 juta lebih menguntungkan THP?

“Justeru, saya menasihatkan YB Faiz agar berhati-hati dalam usaha menjadi hero untuk menyelamatkan pimpinan parti AMANAH seperti YB Menteri Haji. Kenyataan ini seperti tindakan terdesak YB Faiz Fadzil untuk kekal relevan di dalam parti AMANAH setelah YB Faiz sendiri kecundang di pemilihan akar umbi.”

Terdahulu Dr Najmil Faiz menyelar YB Faiz Fadzil juga cuba ‘merendah nilaikan’ (downplay) fakta bahawa dari jumlah RM1.24 billion hutang THP, sebanyak RM1.0 billion adalah Sukuk yang dilanggani oleh Tabung Haji sendiri.

“Oleh yang demikian, sekiranya THP mengalami masalah aliran tunai untuk membuat pembayaran kembali hutang, bukankah mudah untuk THP berunding dengan Tabung Haji untuk menstrukturkan semula hutang tersebut kerana Tabung Haji memiliki 73.8% saham di dalam THP.

“Beliau seharusnya mengakui bahawa harga Buah Tandan Segar (BTS) dan Minyak Sawit Mentah (CPO) yang rendah sudah pasti menjejaskan kedudukan aliran tunai THP. Maka, kesukaran untuk melangsaikan komitmen bayaran balik hutang adalah bergantung kepada harga pasaran sawit dan jika harga break-even CPO bagi THP adalah RM2,150 bagi satu tan, maka mengapakah penjualan 14 syarikat ini perlu dibuat walaupun harga sawit kini berada di paras purata RM3,000 bagi satu tan.”

Katanya lagi, ADUN Permatang Pasir ada menyebut mengenai penilaian semula nilai buku kedua-dua syarikat Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisanmas Sdn Bhd telah dicatatkan di dalam Laporan Kewangan THP tahun 2018, namun tidak menerangkan justifikasi mengapa andaian kadar diskaun (discount rate) dari 9% kepada 14% walaupun kos pinjaman (cost of fund) hanya 6%. YB Faiz Fadzil mahu menerangkan kah?

“Berhubung dengan penjualan-penjualan aset TH di era BN. Harus YB Faiz sedar bahawa niat dan justifikasi penjualan adalah berbeza dengan tindakan THP kini.

“Sebagai contoh, penjualan THP Gemas kepada syarikat swasta Dupont Leosk adalah untuk merealisasikan pelaburan dan THP beroleh RM109.7 juta dan akhirnya dinikmati oleh Jemaah Haji dan Pendepositor masing-masing dalam bentuk subsidi dan hibah,” katanya lagi.

Dilaporkan, Jumaat lalu, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendedahkan berkaitan tindakan Tabung Haji menukar jurunilai, kaedah nilaian yang dibuat sehingga nilai RM210 juta hilang dan proses penjualan anak syarikat THP kepada Tamaco Plantation Sdn Bhd (Tamaco) selain mendesak menteri bertanggungjawab menjelaskan apakah kesan kepada operasi perniagaan THP selepas hampir 76.2 peratus ladang kelapa sawit yang menjadi kekuatan dan kekayaan THP dijual.




Demikianlah Artikel ISU TH: PEMIMPIN PH CUBA JADI HERO, TETAPI KECUNDANG FAKTANYA

Sekianlah artikel ISU TH: PEMIMPIN PH CUBA JADI HERO, TETAPI KECUNDANG FAKTANYA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ISU TH: PEMIMPIN PH CUBA JADI HERO, TETAPI KECUNDANG FAKTANYA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2020/01/isu-th-pemimpin-ph-cuba-jadi-hero.html

Subscribe to receive free email updates: