CORONAVIRUS: MANA LEBIH PENTING, TAHUN MELAWAT MALAYSIA ATAU RAKYAT MALAYSIA?

CORONAVIRUS: MANA LEBIH PENTING, TAHUN MELAWAT MALAYSIA ATAU RAKYAT MALAYSIA? - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul CORONAVIRUS: MANA LEBIH PENTING, TAHUN MELAWAT MALAYSIA ATAU RAKYAT MALAYSIA?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : CORONAVIRUS: MANA LEBIH PENTING, TAHUN MELAWAT MALAYSIA ATAU RAKYAT MALAYSIA?
link : CORONAVIRUS: MANA LEBIH PENTING, TAHUN MELAWAT MALAYSIA ATAU RAKYAT MALAYSIA?

Baca juga


CORONAVIRUS: MANA LEBIH PENTING, TAHUN MELAWAT MALAYSIA ATAU RAKYAT MALAYSIA?






Ketua Pembangkang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyelar tindakan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang masih membuka pintu kepada pelancong China di kala satu dunia bimbang dengan penyebaran wabak coronavirus.




Jelas beliau, negara jiran sudahpun menghalang pelancong China memasuki negara mereka tetapi sayangnya Malaysia mengambil tindakan sebaliknya.

“Korea Utara, Rusia malah Beijing sendiri telah menyekat kemasukan pelancong China dari bandar-bandar dan wilayah lain bagi menangani penularan wabak ini. Betapa pantasnya tindakan yang diambil demi nyawa rakyat mereka dan ini seharusnya dicontohi oleh Malaysia.

“Seharusnya kerajaan mengambil tindakan drastik bagi menghalang penyebaran wabak ini menjadi lebih teruk. Janganlah memandang ringan perkara ini seolah-olah kerajaan tidak mengambil berat langsung berkaitan nyawa rakyat Malaysia,” ujar beliau menerusi satu kenyataan media.

Tambah Ismail Sabri yang juga merupakan Naib Presiden UMNO, walaupun kerajaan menegaskan telah mengambil langkah berjaga-jaga namun ia terbukti tidak memadai kerana tiga pelancong China positif coronavirus yang menaiki bas dari Singapura menuju ke Johor telah melepasi semua saringan.

“Janganlah nanti sudah terhantuk baru tengadah. Jika ini terjadi ia sudah tidak berguna lagi. Adakah kerajaan hanya mementingkan Tahun Melawat Malaysia 2020 sehingga sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat negara ini? Kita harus mencegah sebelum ia menjadi parah,” bidas beliau.

Justeru beliau mendesak kerajaan untuk menarik balik pengecualian visa kepada pelancong China dan seterusnya menghalang mereka untuk memasuki negara ini.

Untuk rekod, setakat ini China mengesahkan 830 kes pesakit dijangkiti dengan coronavirus baru pada 23 Januari lalu manakala jumlah kematian daripada virus itu meningkat kepada 25 orang. Virus yang berasal dari pusat bandar Wuhan di Hubei pada akhir tahun lalu telah merebak ke bandar-bandar lain di China termasuk Beijing dan Shanghai serta telah tersebar ke luar negara iaitu Amerika Syarikat, Thailand, Korea Selatan, Jepun dan terbaru Malaysia, Singapura dan Arab Saudi.




Demikianlah Artikel CORONAVIRUS: MANA LEBIH PENTING, TAHUN MELAWAT MALAYSIA ATAU RAKYAT MALAYSIA?

Sekianlah artikel CORONAVIRUS: MANA LEBIH PENTING, TAHUN MELAWAT MALAYSIA ATAU RAKYAT MALAYSIA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel CORONAVIRUS: MANA LEBIH PENTING, TAHUN MELAWAT MALAYSIA ATAU RAKYAT MALAYSIA? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2020/01/coronavirus-mana-lebih-penting-tahun.html

Subscribe to receive free email updates: