Judul : APABILA PENDOKONG TEGAR SENDIRI MAHU PH KALAH
link : APABILA PENDOKONG TEGAR SENDIRI MAHU PH KALAH
APABILA PENDOKONG TEGAR SENDIRI MAHU PH KALAH
SESUDAH lebih 500 hari PH menjadi kerajaan, suara kemarahan dan tidak puas hati terhadap pentadbiran PH semakin menjadi-jadi.
Bagi rakyat yang tidak berpihak kepada mana-mana parti, tetapi mengundi PH di PRU 14, mereka menyesal memilih parti PH kerana janji-janji yang tak tertunai.
Bagi penggerak dan pejuang tegar PH mereka berpecah kepada dua kumpulan. Satu yang setia, dan satu lagi yang kritikal.
Orang seperti Dr Rais Hussin yang dianggap sebagai “Chief Strategist” Parti mulai menunjukkan sikap kritikalnya terhadap kemampuan PH.
Dia terpaksa menanggung kesan akibat kenyataan terbukanya yang dianggap menyalahi disiplin parti.
Tetapi golongan seperti beliau, termasuk seorang penulis tegar pendokong PH dan pembelasah UMNO-PAS, Dennis Ignatius, (FMT, 25 Sept, 2019, This by-Election, Save PH by Voting BN) tetap menganggap bahawa dalam semua hal PH adalah tetap pilihan mereka, di sebalik kritikan pedas terhadap parti PH mereka sendiri.
Dennis menganggap dengan mengalahkan PH kali ini di PRK Tanjung Piai akan memberi pengajaran kepada mereka tentang kegagalan menangani isu dan masalah yang dihadapi negara hari ini.
Adalah sesuatu yang jelas menunjukkan kekecewaan (disenchantment) mereka sendiri terhadap harapan yang mereka sandarkan terhadap PH.
Walaubagaimanapun, bagi golongan kritikal ini masih menganggap bahawa politik BN sudah tamat riwayatnya. Mereka masih terbuai dengan menu politik kleptocracy dan rasisme yang dijaja selama ini.
Dengan jajaan ini mereka yakin rakyat akan tetap di belakang menyokong mereka. Dan BN sudahpun dikafan dan dikuburkan dalam liang lahat masa.
Mereka tidak terfikir bahawa BN boleh bangkit semula menjadi pilihan yang baik. Bagi mereka yang belajar dari kesilapan dan kelemahan lalu tentunya akan memperbaiki diri dan parti untuk menjadi yang lebih baik.
Kisah bagaimana sebuah kerajaan baru yang dibentuk hanya bertahan satu penggal saja sudah ada di depan mata.
Parti Demokrat Jepun (DPJ) yang muncul menjadi kerajaan popular dalam pilihan raya Jepun 2009 menewaskan Parti Liberal Demokrat (LDP) yang begitu lama menguasai kerajaan.
Namun DPJ hanya mampu bertahan sepenggal sahaja dan hilang kuasa pada tahun 2012.
Punca kekalahannya sama seperti yang kita saksikan hari ini dalam kerajaan PH.
Antara faktor utamanya ialah krisis dalaman dan perkelahian terbuka antara anggota parti sehingga rakyat bosan dan meluat.
Dan mereka masih menyangka bahawa rakyat masih tetap bersama dengan mereka atas sentimen bahawa tidak mungkin rakyat akan kembali semula memilih LDP untuk memerintah Jepun, kerana LDP telah memerintah terlalu lama dan diselubungi dengan pelbagai isu dan skandal sejak tahun 1955 lagi.
Kedua, DPJ tenggelam punca dan ketidakmampuan untuk melaksanakan semua janji-janji perubahan. Mereka telah menjanjikan langit dan bintang kepada rakyat Jepun, ketika sentimen kebencian terhadap LDP memuncak ketika itu.
Akhirnya DPJ (yang terdiri dari pelbagai gabungan parti itu) terperangkap dalam paradok janji reformasi terhadap rakyat. Rakyat hanya menyaksikan perubahan parti politik tetapi polisi masih sama (paradox of political change without policy change).
Pada pilihan raya 2012, LDP kembali berkuasa. Sebagai sebuah parti yang ditubuhkan pada tahun 1955 dan menjadi pemerintah sejak tarikh tersebut, rakyat akhirnya kembali memberi kepercayaan kepada LDP untuk mentadbir Jepun hinggalah sekarang.
Dan LDP belajar dari kelemahan dan kesilapan lalu. Ia mulai berkembang dengan meluaskan jaringan kerjasama dengan parti-parti lain seperti New Conservative Party (Hoshu Shinto) dan Buddhist New Komeito pada tahun 2003.
Selepas kekalahan pada pilihan raya 2009, LDP kembali semula ke pentas politik nasional dan bekerjasama dengan sebuah parti New Komeito pada pilihanraya 2012.
DPJ yang masih dibuai oleh anggapan palsu bahawa rakyat masih menyokong hanya mampu melihat kemenangan mutlak LDP kembali berkuasa.
Mengambil kisah dari LDP ini, PH tidak boleh terlalu angkuh menganggap bahawa rakyat masih bersama dengan mereka.
Mereka berfikir bahawa masih tiada muhasabah di kalangan BN. Dan BN masih tidak mahu belajar dari kesilapan mereka yang lalu. Budaya lama yang buruk masih menguasai BN.
Kemenangan tiga PRK dengan kerjasama BN-PAS adalah petanda awal kepada kerapuhan PH.
Tetapi bila kemenangan PH di PRK Sandakan, DAP khususnya dengan bangga menyatakan bahawa rakyat tetap bersama mereka dan menolak politik BN. Ia menutup mata-hati mereka bahawa mereka sebenarnya berada di ambang kejatuhan.
Tanjung Piai akan menjadi satu lagi penanda aras samada kerajaan PH ini akan terus diterima rakyat atau sebaliknya.
Meskipun pihak BN sedang serius membuat pertimbangan calon, namun akan sampai masanya apabila rakyat sudah tidak kisah siapa pun calon asalkan PH dapat dikalahkan.
Dan yang menariknya ialah para pendokong tegar PH seperti Dennis Ignatius sendiri mahukan PH tewas kali ini. – UMNO ONLINE
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Demikianlah Artikel APABILA PENDOKONG TEGAR SENDIRI MAHU PH KALAH
Sekianlah artikel APABILA PENDOKONG TEGAR SENDIRI MAHU PH KALAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel APABILA PENDOKONG TEGAR SENDIRI MAHU PH KALAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/10/apabila-pendokong-tegar-sendiri-mahu-ph.html