Judul : PENANGGUHAN PROJEK RTS, PH MEMALUKAN SEPERTI DIBERI BETIS MINTA PEHA... TAK SERIUS
link : PENANGGUHAN PROJEK RTS, PH MEMALUKAN SEPERTI DIBERI BETIS MINTA PEHA... TAK SERIUS
PENANGGUHAN PROJEK RTS, PH MEMALUKAN SEPERTI DIBERI BETIS MINTA PEHA... TAK SERIUS
Satu demi satu penangguhan dan alasan diberikan dalam projek pembinaan sistem pengangkutan RTS antara Johor dan Singapura dan kali ini, Malaysia sekali lagi memohon penangguhan kepada projek tersebut, bidas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Jelasnya, sebelum ini Pakatan Harapan (PH) telah memohon penangguhan selama enam bulan bermula Mac tahun ini dan selepas permohonan tersebut mendapat pertimbangan dan kerjasama Singapura, maka Malaysia sepatutnya memberi jawapan kepada republik tersebut Isnin, 30.9.2019 ini.
“Akan tetapi, Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Anthony Loke (Dap), telah sekali lagi memohon penangguhan selama satu bulan sebelum memberikan jawapan Malaysia kepada Singapura berhubung status dan pelaksanaan projek tersebut.
“Perkara ini bukan sahaja memalukan kita kerana sudah beberapa kali melanggar tarikh dan tempoh masa yang diberikan. Selepas satu penangguhan, satu lagi diminta. Sikap kita ini seperti diberi betis, minta paha,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Lebih penting, katanya, banyak pertimbangan besar yang nampaknya tidak dipandang serius oleh Kerajaan PH.
“Pertama, keseriusan dalam menyegerakan projek infrastruktur yang bertujuan memudahkan rakyat. Kerajaan PH sendiri tahu bahawa prasarana ini sangat diperlukan. Ia bertujuan memudahkan pergerakan keluar masuk rakyat kedua-dua negara ini sekali gus menjadi alternatif kepada Tambak Johor yang sudah sangat sesak.
“Kedua, Kerajaan PH sebelum ini sendiri yang berjanji bersungguh-sungguh untuk membawa pulang rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura. Sesuatu yang Kerajaan BN tidak pernah lakukan, kerana ia tidak praktikal dan tidak mungkin dapat dilakukan.
“Saya sedar, pada PH semua itu hanyalah modal politik menjelang pilihan raya, tetapi, janganlah sampai umpan menggunakan kesejahteraan rakyat ini diteruskan sekalipun sesudah memerintah.”
Tegasnya, pembinaan projek prasarana tidak seharusnya menjadi gimik politik kerana sekurang-kurangnya berlaku adil dan serius dalam perkara ini.
“Saya berharap, projek-projek prasarana pro-rakyat di Johor akan diteruskan dengan lancar tanpa terus berdalih dan memberikan pelbagai alasan.
“Kita tunggu dan lihat sahajalah apa pula alasan YB Anthony Loke hujung Oktober ini,” katanya lagi.
Demikianlah Artikel PENANGGUHAN PROJEK RTS, PH MEMALUKAN SEPERTI DIBERI BETIS MINTA PEHA... TAK SERIUS
Sekianlah artikel PENANGGUHAN PROJEK RTS, PH MEMALUKAN SEPERTI DIBERI BETIS MINTA PEHA... TAK SERIUS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PENANGGUHAN PROJEK RTS, PH MEMALUKAN SEPERTI DIBERI BETIS MINTA PEHA... TAK SERIUS dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/09/penangguhan-projek-rts-ph-memalukan.html