MUAFAKAT NASIONAL LEMBARAN BAHARU POLITIK TANAH AIR

MUAFAKAT NASIONAL LEMBARAN BAHARU POLITIK TANAH AIR - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MUAFAKAT NASIONAL LEMBARAN BAHARU POLITIK TANAH AIR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MUAFAKAT NASIONAL LEMBARAN BAHARU POLITIK TANAH AIR
link : MUAFAKAT NASIONAL LEMBARAN BAHARU POLITIK TANAH AIR

Baca juga


MUAFAKAT NASIONAL LEMBARAN BAHARU POLITIK TANAH AIR






TERMETRAINYA Muafakat Nasional (MN) maka tercipta satu lagi aliansi atau koalisi antara UMNO dan PAS yang membuka lembaran baharu politik tanah air. Detik bersejarah tersebut yang diselubungi perasaan penuh keinsafan bercampur baur di antara kegembiraan dan kehibaan telah membuktikan bahawa tautan persaudaraan dan perjuangan mampu menenggelamkan segala luka dan sengketa lama.

Saya merasa cukup terharu dan tersentuh ketika beriringan dan berpimpin tangan bersama Tuan Guru Presiden PAS melangkah masuk ke Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Lautan manusia berpakaian putih sudah cukup menggambarkan bahawa penyatuan ini adalah sesuatu yang cukup mulia dan di rahmati. Ada yang tergenang air mata, ada yang mengesat pipinya, ada yang terkedu tidak terkata, suara takbir bergema memenuhi Dewan Merdeka.

Menyedari dalam situasi serba kekurangan ditambahi pulak dengan tekanan demi tekanan yang dihadapi, saya dan Presiden PAS bersepakat meneruskan himpunan ini demi amanah, demi survival perjuangan dan negara. Alhamdulillah, sokongan dan dokongan seluruh rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik dizahirkan dengan menyaksikan detik bersejarah ini secara langsung melalui media sosial. Ini membuktikan bahawa harapan mereka kepada penyatuan ini cukup tinggi. Terbukti segala tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak tidak lebih sekadar andaian semata-mata.


Cukup mendukacitakan apabila terdapat individu yang melabelkan “piagam itu ibarat sijil nikah buat PAS dan Umno yang sebelum ini “bersekedudukan”, selain mendakwa pendirian PAS kini tidak sama seperti ketika kepimpinan Allahyarham Fadzil Noor dan Allahyarham Nik Aziz Nik Mat.

Malah ada yang menyifatkan Muafakat Nasional akan menjauhkan golongan Melayu moderat dan semua golongan bukan Melayu untuk PRU akan datang, pengundi mempunyai dua pilihan ketara – iaitu satu membawa naratif kepelbagaian kaum, satu lagi membawa agenda “ketuanan Melayu”.

Tidak dinafikan bahawa Melayu dan Bumiputera sebagai teras Muafakat Nasional, tetapi sifatnya adalah inklusif yang menjaga kepentingan semua, bukan Islam dan kaum lain tidak dikesampingkan. Dr Burhanuddin al-Helmy dalam tulisannya Falsafah kebangsaan Melayu 1954 menyebutkan bahawa “Kebangsaan Melayu itu bersendikan dasar jiwa yang luas, bukan sekali-kali kebangsaan yang sempit dan degil, dan tidak sekali-kali bersifat chauvinis dan isolation. Kebangsaan Melayu yang luas kita katakan itu tidak pulak luas untuk bercampur aduk seperti belut dengan ular, dan bukan pula luas untuk caca marba, luas beramai-ramai (cosmopolitan) yang akan memberi kesempatan kepada anasir-anasir imperialis dan kapitalis. Tetapi luas peri-kemanusiaan”


Saya mendapati banyak komen positif daripada bukan Melayu yang hadir ke HPU914 antaranya “Saya bangga kerana dapat menyaksikan perpaduan tersebut sebagai Rakyat Malaysia berkaum Cina”. Pandangan seperti ini membuktikan kematangan rakyat berpolitik.

Hakikatnya, cabaran yang bakal dihadapi oleh UMNO-PAS setelah termeterainya Muafakat Nasional semakin mencabar sama ada dalaman atau luaran. Bagi mengelak berlakunya perkara-perkara yang negatif dan sensitif naratif pasca HPU914 perlu dibina dan diperjelaskan kepada akar umbi. Kegagalan membina naratif yang baik akan menjerumuskan kita ke kancah pertelingkahan dan kemelut yang berpanjangan.


Enam hasrat utama permuafakatan yang saya zahirkan dalam ucapan HPU914 boleh dijadikan panduan dalam membina naratif pasca HPU914. Perkara berkaitan dengan tawaran baharu “new deal” Muafakat Nasional, kita serahkan kepada Jawatankuasa Perunding dan Jawatankuasa Teknikal UMNO dan PAS untuk terus berunding dan memperincikan apakah langkah selanjutnya Muafakat Nasional dan tawaran baharu yang bakal ditawarkan.

Bagi membina keserasian dan memantapkan kesepaduan ahli akar umbi UMNO dan PAS. Perlu diadakan program dan aktiviti bersama secara berkala. Penganjuran seperti ini dapat mengeratkan tali persaudaraan antara kedua-dua pihak. Memetik kata-kata Muhammad Sa‟id Ramadan Al-Buti “Ikatan Persaudaraan bukan sahaja melalui ucapan kasih sayang di bibir, tetapi juga dipraktik dalam masyarakat yang menjadi asas utama dalam struktur keadilan sosial”

Rakyat perlu didedahkan kepada agenda besar Muafakat Nasional. Pimpinan dipelbagai peringkat perlu lebih sensitif dan berhati-hati dalam setiap ucapan, kenyataan dan penulisan di media. Elakkan menyentuh perkara yang sensitif, melabel dan membina prasangka sesama sendiri. Rakyat sudah muak dengan labeling politik. Apa yang diharapkan Muafakat Nasional mampu menjadi alternatif terbaik membina kembali nilai, identiti dan maruah negara yang semakin terhakis.

Saya berkeyakinan apabila gabungan ini diperkemaskan, ikatan persaudaraan ahli UMNO-PAS dikuatkan, prestasi parti dipertingkatkan, rakyat memahami agenda besar Muafakat Nasional di saat itulah kita menjadi peneraju lembaran baharu politik tanah air ke arah Malaysia lebih bermaruah

AHMAD ZAHID HAMIDI
#muafakatnasional
#demiummah
#akhiratdidepan




Demikianlah Artikel MUAFAKAT NASIONAL LEMBARAN BAHARU POLITIK TANAH AIR

Sekianlah artikel MUAFAKAT NASIONAL LEMBARAN BAHARU POLITIK TANAH AIR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MUAFAKAT NASIONAL LEMBARAN BAHARU POLITIK TANAH AIR dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/09/muafakat-nasional-lembaran-baharu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :