Judul : HIKMAH CUKUP BESAR UMNO-PAS DAPAT LAKSANAKAN PERPADUAN UMMAH
link : HIKMAH CUKUP BESAR UMNO-PAS DAPAT LAKSANAKAN PERPADUAN UMMAH
HIKMAH CUKUP BESAR UMNO-PAS DAPAT LAKSANAKAN PERPADUAN UMMAH
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata terdapat hikmah yang sangat bermanfaat bagi seluruh ahli UMNO dan masyarakat setelah UMNO tewas pada Pilihan Raya Umum(PRU) ke 14 lalu.
Katanya, UMNO sangat berasa teruja dan bersyukur kepada hadrat Allah SWT kerana dapat melaksanakan perpaduan ummah ini.
“Perpaduan ini adalah suatu hikmah yang terbesar bukan sahaja bagi parti UMNO dan PAS tetapi juga hikmah bagi Melayu dan Islam di negara ini.
“UMNO juga tidak terfikir perkara ini akan berlaku, tiada siapa yang boleh meramalkan selepas pertemuan dulu walaupun UMNO adalah parti yang terawal ditubuhkan di dalam negara sehingga mencapai kemerdekaan,” katanya semasa ucapan Ceramah Perpaduan Ummah anjuran UMNO Bahagian Machang dan PAS Kawasan Machang, di Dewan Majlis Daerah Machang, Kelantan, di sini pada hari ini.
Menurut Jazlan yang juga Ahli Parlimen Machang, penyatuan UMNO dan PAS bukan saja perjuangan demi agama Islam tetapi menjangkau lebih luas lagi.
“Kita tidak mahu Islam diperkotak-katikkan kerana kita melihat kerajaan hari ini tidak ada rencana yang lebih besar dan mereka seolah-olah menghina bangsa kita, kebencian-kebencian ditaburkan oleh mereka dibumi yang tercinta ini.
“Saya hendak minta ahli-ahli UMNO diseluruh negeri Kelantan bukan sahaja di dalam negara malah diluar Kelantan agar menjadi model perpaduan dan menjadi yang terbaik di negara ini,” katanya yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.
Demikianlah Artikel HIKMAH CUKUP BESAR UMNO-PAS DAPAT LAKSANAKAN PERPADUAN UMMAH
Sekianlah artikel HIKMAH CUKUP BESAR UMNO-PAS DAPAT LAKSANAKAN PERPADUAN UMMAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel HIKMAH CUKUP BESAR UMNO-PAS DAPAT LAKSANAKAN PERPADUAN UMMAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/09/hikmah-cukup-besar-umno-pas-dapat.html