[KUANTAN] TIADA PERMOHONAN PDF DARIPADA LYNAS: MB PAHANG

[KUANTAN] TIADA PERMOHONAN PDF DARIPADA LYNAS: MB PAHANG - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] TIADA PERMOHONAN PDF DARIPADA LYNAS: MB PAHANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] TIADA PERMOHONAN PDF DARIPADA LYNAS: MB PAHANG
link : [KUANTAN] TIADA PERMOHONAN PDF DARIPADA LYNAS: MB PAHANG

Baca juga


[KUANTAN] TIADA PERMOHONAN PDF DARIPADA LYNAS: MB PAHANG





Kerajaan Pahang akan memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat sekiranya ada permohonan daripada syarikat memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) berhubung tapak fasiliti pelupusan kekal (PDF) di negeri ini.

Menteri Besar, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, itu asas dan pendirian kerajaan sebelum memberi kelulusan sesuatu projek.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada sebarang permohonan dan perbincangan sama ada daripada kerajaan Persekutuan atau wakil syarikat itu mengenai isu berkaitan cadangan PDF untuk sisa buangan Water Leached Purification (WLP) kilang Lynas di Gebeng.

“Kita tidak menerima apa-apa permohonan lagi... kalau ada permohonan kita akan beri perhatian dan pertimbangkan dengan mengambil kira keselamatan rakyat.

“Jika ia tidak mendatangkan masalah, kita boleh beri kebenaran berdasarkan keputusan yang telah buat oleh pakar-pakar dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA)... seandainya mereka (pakar) kata ok kita akan ikut, begitu juga jika mereka kata sebaliknya,” katanya pada mesyuarat kedua penggal kedua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-14 hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Lee Chean Chung (PKR- Semambu) yang bertanya tentang lima tapak PDF di beberapa daerah yang telah dikenal pasti oleh kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, projek Lynas yang diwujudkan di negeri ini adalah cadangan daripada kerajaan Persekutuan menerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) supaya pelaburan ini dilaksanakan di negara ini.

“Jadi Pahang mengambil peluang ini tetapi lesen Lynas dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan bukan kerajaan negeri,” katanya.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] TIADA PERMOHONAN PDF DARIPADA LYNAS: MB PAHANG

Sekianlah artikel [KUANTAN] TIADA PERMOHONAN PDF DARIPADA LYNAS: MB PAHANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] TIADA PERMOHONAN PDF DARIPADA LYNAS: MB PAHANG dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/08/kuantan-tiada-permohonan-pdf-daripada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :