Judul : SAH GUAN ENG BERBOHONG DALAM PARLIMEN, DUIT INPUT GST TIDAK DIROMPAK
link : SAH GUAN ENG BERBOHONG DALAM PARLIMEN, DUIT INPUT GST TIDAK DIROMPAK
SAH GUAN ENG BERBOHONG DALAM PARLIMEN, DUIT INPUT GST TIDAK DIROMPAK
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yakin Menteri Kewangan, Lim Guan Eng akan terlepas daripada apa-apa tindakan dari Parlimen yang dikuasai Pakatan Harapan (PH) setelah terbukti Setiausaha Agung Dap itu berbohong dan mengelirukan Dewan Rakyat.
“Gerenti. Kes rogol pun polis kena ‘sounding’ dari Dap kerana polis berani nak tahan wakil rakyat Dap untuk siasatan.
“Kes ketua bahagian Dap ugut ketua polis daerah secara bertulis pun lepas begitu sahaja.
“Ini kan ‘hal kecil’ memfitnah dalam Parlimen dan membohong seluruh rakyat Malaysia tentang berpuluh bilion Ringgit? Kita tunggu laporan penuh dibentang minggu depan,” tegas Najib dalam satu hantaran di Facebook.

Najib yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) berkata demikian mengulas mengenai laporan media hari ini berkaitan laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) untuk wang input Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dibentang minggu depan.
Laporan tersebut jelas menyatakan; “Wang GST RM19.2 bilion itu tidak ‘dicuri’ atau ‘dirompak’ seperti dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika beliau mendedahkan dana ‘hilang’ di Dewan Rakyat pada Ogos tahun lepas.”
Tambah Najib, ini jelas bermaksud Parlimen dengan rasminya telah mengesahkan Guan Eng membohong dalam parlimen.
“Ada bukti video pembohongan dari mulut dia.
“Tuduhan itu juga dilaporkan dengan meluas oleh media masa itu,” katanya lagi.
Demikianlah Artikel SAH GUAN ENG BERBOHONG DALAM PARLIMEN, DUIT INPUT GST TIDAK DIROMPAK
Sekianlah artikel SAH GUAN ENG BERBOHONG DALAM PARLIMEN, DUIT INPUT GST TIDAK DIROMPAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SAH GUAN ENG BERBOHONG DALAM PARLIMEN, DUIT INPUT GST TIDAK DIROMPAK dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/07/sah-guan-eng-berbohong-dalam-parlimen.html