TU DIA, WAKTU MALAM DI HOTEL 'DEAL' pinjam SRC RM3.95 bilion? [Video Parti Berjasa akan bertanding PRU15]

TU DIA, WAKTU MALAM DI HOTEL 'DEAL' pinjam SRC RM3.95 bilion? [Video Parti Berjasa akan bertanding PRU15] - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TU DIA, WAKTU MALAM DI HOTEL 'DEAL' pinjam SRC RM3.95 bilion? [Video Parti Berjasa akan bertanding PRU15], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TU DIA, WAKTU MALAM DI HOTEL 'DEAL' pinjam SRC RM3.95 bilion? [Video Parti Berjasa akan bertanding PRU15]
link : TU DIA, WAKTU MALAM DI HOTEL 'DEAL' pinjam SRC RM3.95 bilion? [Video Parti Berjasa akan bertanding PRU15]

Baca juga


TU DIA, WAKTU MALAM DI HOTEL 'DEAL' pinjam SRC RM3.95 bilion? [Video Parti Berjasa akan bertanding PRU15]

Khamis, 30 Mei 2019
KiniTV
Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) hari ini mengumumkan akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan memberi tumpuan di negeri pantai barat Semenanjung. Antara negeri terbabit termasuklah Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Pahang. Presiden Berjasa, Prof Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz berkata, parti itu akan tampil dengan semangat mengulangi seruan kesepakatan orang Melayu dan slogan ‘Calon Muslim Berwibawa’ yang dilancarkan pada PRU13 lalu. “Berjasa amat berbangga dengan peranan mempelopori seruan kesepakatan itu, pada ketika majoriti parti Melayu masih mabuk untuk bertelagah. “Kami yakin berdasarkan senario politik terkini, seruan kesepakatan yang dipelopori oleh Berjasa pada PRU13 itu akan menjadi faktor pengubah landskap politik negara dalam sedikit masa lagi,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks
Suara Rakyat
TU DIA, WAKTU MALAM DI HOTEL! Kebiasaan penyamun nak merompak bilion2 ringgit waktu malam adalah lebih afdhal lagi selamat.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Saya jumpa pegawai khas Najib waktu malam mengenai permohonan pinjaman SRC - bekas CEO KWAP

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Bekas Ketua Pegawai Eksekutif pertama Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) berkata hari ini beliau ada menemui Pegawai Khas bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah hotel sebelah malam berhubung permohonan kemudahan pinjaman RM3.95 bilion oleh SRC International Sdn Bhd.

Datuk Azian Mohd Noh, 66, yang kini telah bersara memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, bahawa beliau telah dihubungi oleh pejabat arwah Datuk Azlin Alias untuk berjumpa di lobi sebuah hotel di Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) di sini selepas waktu bekerja.

Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Ishak Mohd Yusoff, saksi pendakwaan ke-38 itu berkata beliau mengenali Azlin selama dua tahun kerana pernah mempunyai urusan kerja namun ini adalah pertemuan pertama kali mereka selepas waktu bekerja.

"Dalam bulan Jun 2011, saya telah menerima surat asal dari Azlin mengenai permohonan kemudahan pinjaman bertarikh 3 Jun 2011 dalam satu pertemuan di lobi hotel di KL Sentral. Saya telah ke lobi hotel berkenaan pada waktu malam, selepas waktu bekerja.

"Saya sahkan telah menerima surat asal daripada Azlin ketika pertemuan itu. Saya turut dimaklumkan bahawa Perdana Menteri ketika itu iaitu Najib telah bersetuju dengan cadangan permohonan dari SRC berdasarkan catitan tangan di atas surat tersebut di mana Azlin memaklumkannya telah dibuat oleh Najib sendiri," katanya ketika membacakan pernyataan saksi pada hari ke-19 perbicaraan kes Najib yang didakwa atas tujuh tuduhan melibatkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Ditanya Ishak mengenai di mana salinan asal surat itu sekarang, saksi itu berkata beliau tidak pasti kerana salinan itu telah rikan kepada Pengarah Jabatan Pendapatan Tetap KWAP ketika itu, Allahyarham Ahmad Norhisham Hassan.

Ishak: Azlin adalah pegawai khas Najib ketika itu. Berapa lama Datuk telah mengenali Azlin

Azian: Mungkin sekitar dua tahun.

Ishak: Adakah Datuk tahu antara tugas Azlin sebagai pegawai khas Najib

Azian: Saya tidak tahu secara terperinci.

Ishak: Adakah biasa Datuk berjumpa dengan Azlin selepas waktu pejabat Atau ini merupakan kali pertama

Azian: Ya ini merupakan kali pertama.

Ishak: Siapa yang merancang pertemuan ini

Azian: Saya dapat panggilan melalui setiausaha saya. I do not know who actually called (saya tak tahu siapa yang panggil).

Najib, 66, didakwa atas tiga tuduhan pecah amanah, satu tuduhan salah guna kedudukan dan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.

-- BERNAMA


Demikianlah Artikel TU DIA, WAKTU MALAM DI HOTEL 'DEAL' pinjam SRC RM3.95 bilion? [Video Parti Berjasa akan bertanding PRU15]

Sekianlah artikel TU DIA, WAKTU MALAM DI HOTEL 'DEAL' pinjam SRC RM3.95 bilion? [Video Parti Berjasa akan bertanding PRU15] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TU DIA, WAKTU MALAM DI HOTEL 'DEAL' pinjam SRC RM3.95 bilion? [Video Parti Berjasa akan bertanding PRU15] dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/05/tu-dia-waktu-malam-di-hotel-deal-pinjam.html

Subscribe to receive free email updates: