ISU PTPTN: RAKYAT HARAPKAN BUNGA TAPI TAHI YANG DIBERIKAN

ISU PTPTN: RAKYAT HARAPKAN BUNGA TAPI TAHI YANG DIBERIKAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ISU PTPTN: RAKYAT HARAPKAN BUNGA TAPI TAHI YANG DIBERIKAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ISU PTPTN: RAKYAT HARAPKAN BUNGA TAPI TAHI YANG DIBERIKAN
link : ISU PTPTN: RAKYAT HARAPKAN BUNGA TAPI TAHI YANG DIBERIKAN

Baca juga


ISU PTPTN: RAKYAT HARAPKAN BUNGA TAPI TAHI YANG DIBERIKAN






Harapkan bunga tapi tahi yang diberi… itulah bidalan yang sesuai bagi menggambarkan kepimpan kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan (PH).

Ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Gajah, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Nordin, cara dan tindakan PH memerintah memberi gambaran sebenarnya mereka hanya mempergunakan rakyat bagi mendapat kuasa dan setelah berkuasa, rakyat tidak berguna lagi.

“Antara bukti yang dapat kita lihat dengan jelas adalah isu PTPTN kerana antara janji PH semasa kempen PRU-14 dulu adalah menghapuskan hutang PTPTN sehingga menarik minat pengundi muda, tetapi bila menang PRU-14, sudah setahun berlalu, isu PTPTN ini langsung tidak menunjukkan ada penyelesaian.

“Saya masih ingat semasa kempen PRU-14, mereka katakan mengapa Malaysia tidak ada pendidikan percuma seperti negara-negara maju dan hutang-hutang pelajar yang mengambil PTPTN ini dihapuskan. Saya juga masih ingat ketika berkempen dulu saya bertembung dengan calon PH di DUN ini dalam satu tempat… dalam ceramahnya dia mengatakan akan hapuskan PTPTN. Ini yang menarik hati pengundi muda… tetapi sebenarnya anak-anak muda telah dipermainkan.
“PH tidak ada keseriusan untuk mereka mengotakan janji ini malah tidak ada cadangan pun untuk mereka hapus atau kurangkan hutang PTPTN. Mengapa nada berubah selepas menang?” soal beliau kepada UMNO-Online.

Tambah Norashikin, PH sebenarnya hanya pandai menanam tebu di tepi bibir semata-mata demi kuasa.

“Bagi saya, PH ini hanya berjanji di bibir tetapi di hati mereka tidak ada langsung kemahuan untuk menunaikan janji kepada rakyat. Maksudnya apa? Maksudnya rakyat tidak penting, rakyat hanya permainan mereka untuk mendapat kuasa, bila sudah dapat kuasa rakyat tidak berguna lagi.

“Semasa zaman pemerintahan BN, peminjam PTPTN yang gagal menjelaskan hutang hanya di senarai hitamkan tetapi mereka racuni fikiran rakyat kononnya tindakan BN ini kejam. Mereka kata kalau mereka memerintah nanti mereka boleh hapuskan hutang PTPTN ini… semua tepuk tangan….

“Tetapi sekarang kita dapat lihat siapa yang lebih kejam? Baru-baru ini Pengerusi PTPTN mencadangkan mahu kembali menyenaraihitamkan peminjam yang gagal malah lebih teruk mahu menyenaraihitamkan mereka dari memperbaharui lesen memandu, lesen perniagaan dan sebagainya. Ini baru kejam,” bidas beliau.

Maka beliau menyeru kepada semua rakyat khususnya anak muda untuk bersama-sama menyedarkan rakyat Malaysia bahawa PH sememangnya tidak layak menjadi sebuah kerajaan.




Demikianlah Artikel ISU PTPTN: RAKYAT HARAPKAN BUNGA TAPI TAHI YANG DIBERIKAN

Sekianlah artikel ISU PTPTN: RAKYAT HARAPKAN BUNGA TAPI TAHI YANG DIBERIKAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ISU PTPTN: RAKYAT HARAPKAN BUNGA TAPI TAHI YANG DIBERIKAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/05/isu-ptptn-rakyat-harapkan-bunga-tapi.html

Subscribe to receive free email updates: