Fuziah: Lembaga pengarah tentukan nasib KP Yapeim

Fuziah: Lembaga pengarah tentukan nasib KP Yapeim - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Fuziah: Lembaga pengarah tentukan nasib KP Yapeim, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Fuziah: Lembaga pengarah tentukan nasib KP Yapeim
link : Fuziah: Lembaga pengarah tentukan nasib KP Yapeim

Baca juga


Fuziah: Lembaga pengarah tentukan nasib KP Yapeim

Ahad, 19 Mei 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Antara ucapan ugutan beliau.. "Saya akan periksa semua staff Yapeim dgn SPR satu persatu di mana anda mengundi dan mengundi apa. Jika anda undi PH, anda tidak layak di Yapeim. Pergilah cari kerja dgn DAP." Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Ruslan Khalid mengesahkan pihaknya menerima laporan itu dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Fuziah: Lembaga pengarah tentukan nasib KP Yapeim

Sebarang tindakan terhadap Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Abibullah Samsudin akan diputuskan oleh anggota lembaga pengarah yayasan berkenaan.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata perkara itu selari dengan amalan kerajaan Pakatan Harapan yang meletakkan tanggungjawab mentadbir kepada anggota lembaga pengarah sesuatu agensi.
"Saya percaya mereka akan mengambil tindakan sewajarnya dan yakin akan ada kenyataan daripada pengerusi anggota lembaga pengarah Yapeim (berhubung perkara ini)," katanya.
Fuziah ditemui selepas menghadiri Program Sepakat@Komuniti Ramadan 2019 anjuran Jabatan Penerangan Pahang bagi meraikan 28 kanak-kanak dari Rumah Permata Al-Insyirah di Kompleks Dagangan Mahkota di Kuantan, hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan media berhubung tindakan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil membuat laporan polis hari ini, berhubung penularan video seorang lelaki didakwa kononnya Abibullah mempengaruhi kakitangan Yapeim pada pilihan raya umum lepas.
Fuziah yang juga anggota parlimen Kuantan sekali lagi menegaskan kerajaan hari ini tidak melakukan politik balas dendam terhadap Abibullah atas perbuatan lepas kerana tindakan sedemikian disifatkan sebagai tidak profesional dan tidak adil.
Katanya, apa yang penting adalah kerajaan menilai prestasi kerja dan tahap profesionalisme individu itu di pejabat selain Abibullah juga menyedari bahawa beliau kini perlu bekerja mengikut dasar kerajaan yang memerintah.
"Jika wujud unsur ugutan kepada pihak pekerja sebelum pilihan raya, mereka boleh membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa. Itu adalah hak pekerja dan bukan dalam bidang tugas saya," katanya.
Pada perkembangan lain, Fuziah memaklumkan bahawa pejabat Parlimen Kuantan telah memperuntukkan lebih RM100,000 untuk melaksanakan program Semarak Kasih Ramadan di masjid dan surau selain program bantuan kepada golongan asnaf pada tahun ini.
-Bernama


Demikianlah Artikel Fuziah: Lembaga pengarah tentukan nasib KP Yapeim

Sekianlah artikel Fuziah: Lembaga pengarah tentukan nasib KP Yapeim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Fuziah: Lembaga pengarah tentukan nasib KP Yapeim dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/05/fuziah-lembaga-pengarah-tentukan-nasib_19.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :