AKAR UMBI TETAP ISTIQAMAH, MAHU UMNO TERUS MENJADI PARTI BERWIBAWA

AKAR UMBI TETAP ISTIQAMAH, MAHU UMNO TERUS MENJADI PARTI BERWIBAWA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AKAR UMBI TETAP ISTIQAMAH, MAHU UMNO TERUS MENJADI PARTI BERWIBAWA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AKAR UMBI TETAP ISTIQAMAH, MAHU UMNO TERUS MENJADI PARTI BERWIBAWA
link : AKAR UMBI TETAP ISTIQAMAH, MAHU UMNO TERUS MENJADI PARTI BERWIBAWA

Baca juga


AKAR UMBI TETAP ISTIQAMAH, MAHU UMNO TERUS MENJADI PARTI BERWIBAWA






Kesungguhan akar umbi dalam melaksanakan tanggungjawab mengendalikan persidangan tahunan di peringkat Cawangan jelas memperlihatkan kematangan dan keutuhan pendukung-pendukung parti, ujar Exco Pemuda UMNO Malaysia, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Jelas Azri, ini ditambah tiada sebarang kekecohan yang berlaku malahan dapat membuktikan bahawa ahli-ahli UMNO masih setia dan istiqamah pada perjuangan.

“Saya tidak nampak ada sebarang kesukaran yang berlaku bagi menjayakan mesyuarat Cawangan sebelum 30 Mei mahupun Bahagian sebelum 15 Ogos.
“Malah setakat ini dilaporkan setiap mesyuarat Cawangan dihadiri oleh ahli akar umbi UMNO dengan jumlah yang lebih ramai dari kebiasaannya.

“Kekuataan UMNO adalah akar umbinya dan hari ini dengan beberapa orang pemimpin parti meninggalkan parti ianya sedikit pun tidak menjejaskan akar umbi UMNO yang ada,” katanya kepada UMNO-Online, sambil menyambut positif dipanjangkan tempoh persidangan.

Dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini, Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden parti, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam sidang medianya menyatakan bahawa mesyuarat Cawangan dianjakkan sehingga 30 Mei manakala persidangan peringkat Bahagian sehingga 15 Ogos ini.

Tambah Azri juga, UMNO yang memperjuangkan hak orang Melayu kini banyak berubah sama ada dari peringkat pimpinan mahupun akar umbi yang inginkan UMNO kembali menerajui negara dan secara tidak langsung dapat membuktikan parti keramat ini masih relevan.

“Walaupun status UMNO kini adalah pembangkang berwibawa sudah pasti banyak isu-isu yang perlu UMNO ketengahkan untuk dibawa ke peringkat atasan demi suara-suara rakyat.

“Lanjutan tempoh mesyuarat UMNO hari ini juga memberikan banyak ruang dan faedah bagi UMNO di setiap bahagian dalam menjayakan agenda parti,” ujarnya lagi.




Demikianlah Artikel AKAR UMBI TETAP ISTIQAMAH, MAHU UMNO TERUS MENJADI PARTI BERWIBAWA

Sekianlah artikel AKAR UMBI TETAP ISTIQAMAH, MAHU UMNO TERUS MENJADI PARTI BERWIBAWA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AKAR UMBI TETAP ISTIQAMAH, MAHU UMNO TERUS MENJADI PARTI BERWIBAWA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/05/akar-umbi-tetap-istiqamah-mahu-umno.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :