[Video PASIR SALAK "Bodoh Bengong"] RANTAU Kesian KJ, awal-awal lagi masa depannya sudah dicantas oleh Tok Mat!

[Video PASIR SALAK "Bodoh Bengong"] RANTAU Kesian KJ, awal-awal lagi masa depannya sudah dicantas oleh Tok Mat! - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video PASIR SALAK "Bodoh Bengong"] RANTAU Kesian KJ, awal-awal lagi masa depannya sudah dicantas oleh Tok Mat!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video PASIR SALAK "Bodoh Bengong"] RANTAU Kesian KJ, awal-awal lagi masa depannya sudah dicantas oleh Tok Mat!
link : [Video PASIR SALAK "Bodoh Bengong"] RANTAU Kesian KJ, awal-awal lagi masa depannya sudah dicantas oleh Tok Mat!

Baca juga


[Video PASIR SALAK "Bodoh Bengong"] RANTAU Kesian KJ, awal-awal lagi masa depannya sudah dicantas oleh Tok Mat!

Sabtu, 6 April 2019
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang dan orang ramai
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks

KALAU TOK MAT TANDING PARLIMEN, KJ NAK CAMPAK KE MANA?

Hanya menjelang kira-kira seminggu lagi sebelum hari pengundian pada 13 April depan, calon BN PRK Rantau, Mohamad Hasan secara terbuka telah membayangkan hala tuju masa depannya.
Bayangannya ialah beliau mahu bertanding di kerusi Parlimen dalam PRU15 akan datang.
“Berilah kepercayaan kepada saya. Saya pasti akan menjalankan tugas yang tuan-tuan berikan.
“Tapi rasa-rasanya dalam PRU15 akan saya tidak lagi akan bertanding di Rantau ini.
“Rasa-rasanya saya akan bertanding di Parlimen pula,” kata Mohamad Hasan yang lebih dikenali sebagai Tok Mat dalam kempennya di Sendayan.
Apabila beliau membayangkan mahu berpindah bertanding ke Parlimen, kerusi yang munasabah baginya tentulah Rembau.
Parlimen Rembau diwakili sejak 2008 oleh Khairy Jamaluddin atau KJ yang juga merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau.
Tok Mat pula adalah Ketua UMNO Bahagian Rembau.
Dalam pemilihan UMNO tahun lalu, Tok Mat menang sebagai Timbalan Presiden UMNO, sementara KJ tewas dalam pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO kepada Zahid Hamidi.
Berikutan Zahid Hamidi sedang bercuti sekarang ini, Tok Mat kini menjalankan tugas selaku Pemangku Presiden UMNO.
Keinginan Tok Mat untuk bertanding di Parlimen Rembau dalam PRU15 akan datang tidak lain mungkin kerana congakannya bahawa BN, terutama melalui kerjasama dengan Pas, mempunyai peluang yang seimbang untuk menang dalam pilihanraya akan datang.
Jika menang, selaku peneraju UMNO, tentulah Tok Mat mahu menjawat jawatan Perdana Menteri dan hanya dengan menjadi Ahli Parlimen saja membolehkan beliau memegang jawatan tersebut.
Kalau hanya sebagai Adun Rantau atau melalui perlantikan sebagai Senator misalnya, ia tidak melayakkan beliau memegang jawatan Perdana Menteri.
Cumanya, dengan Tok Mat siang-siang lagi sudah membayangkan mahu berpindah ke kerusi Parlimen, ke mana KJ mahu dicampakkan?
Kesian KJ, awal-awal lagi masa depannya sudah dicantas oleh Tok Mat!! (Shahbudindotcom 05/04/2019)


Demikianlah Artikel [Video PASIR SALAK "Bodoh Bengong"] RANTAU Kesian KJ, awal-awal lagi masa depannya sudah dicantas oleh Tok Mat!

Sekianlah artikel [Video PASIR SALAK "Bodoh Bengong"] RANTAU Kesian KJ, awal-awal lagi masa depannya sudah dicantas oleh Tok Mat! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video PASIR SALAK "Bodoh Bengong"] RANTAU Kesian KJ, awal-awal lagi masa depannya sudah dicantas oleh Tok Mat! dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/04/video-pasir-salak-bodoh-bengong-rantau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :