Najib 'Durjana', Arah Segerakan Beli Eagle High

Najib 'Durjana', Arah Segerakan Beli Eagle High - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib 'Durjana', Arah Segerakan Beli Eagle High, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib 'Durjana', Arah Segerakan Beli Eagle High
link : Najib 'Durjana', Arah Segerakan Beli Eagle High

Baca juga


Najib 'Durjana', Arah Segerakan Beli Eagle High




Pembentangan kertas putih "ke arah kelestarian" Felda mendedahkan kepincangan pengurusan pentadbiran lama termasuk pembabitkan bekas Perdana Menteri Najib Razak dalam urusan pelaburan yang merugikan entiti itu.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali, berkata hasil audit forensik menunjukkan kerugian atau penjejasan nilai aset berjumlah RM2.2 bilion bagi lapan transaksi urus niaga yang disiasat, iaitu 50 peratus daripada nilai pelaburan asal.

Kedudukan kewangan Felda kata Azmin bertambah tenat akibat pembaziran berterusan dengan pembelian aset pada kadar yang lebih tinggi daripada harga pasaran.

"Sebagai contoh, pembelian Eagle High daripada PT Rajawali Capital International (yang dimiliki oleh Peter Sondakh) pada kadar 96 peratus lebih tinggi berbanding dengan harga pasaran ketika itu.

"Pada Mac 2019, pelaburan berjumlah RM2.3 bilion itu hanya mempunyai nilai pasaran RM500 juta.

“Najib Razak yang dikenali sebagai MO1 selepas ini, yang merupakan menteri kewangan pada ketika itu, terlibat dalam proses pelaburan ini dengan memberi arahan untuk menyegerakan transaksi tersebut dengan pembiayaan oleh Kementerian Kewangan.

"Tindakan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab bahkan bersifat jenayah. Kesan tindakan durjana ini menyebabkan Felda menanggung liabiliti yang tinggi," katanya ketika membentangkan kertas putih Felda di Parlimen, hari ini.


Azmin Ali
Azmin berkata, situasi Felda menjadi semakin serius dan parah akibat "kedurjanaan" urus tadbir korporat dengan jumlah hutang Felda telah meningkat dengan ketara sebanyak 1,100 peratus daripada RM1.2 bilion pada tahun 2007 kepada RM14.4 bilion pada tahun 2017 berbanding dengan kenaikan nilai aset yang mencatatkan hanya 107 peratus.

Katanya, audit forensik juga mendapati konflik kepentingan dalam pengurusan amat ketara apabila Mohd Isa Samad yang memegang jawatan Pengerusi dalam Felda, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) dan FGV Holdings Berhad.

"Pada masa yang sama, FO1 (Mohd Isa) juga memegang jawatan Pengerusi untuk 39 anak syarikat di bawah Felda dan FGV. Konflik kepentingan bertambah buruk apabila FO1 juga mempunyai kuasa eksekutif sebagai Pengerusi Felda.

"Sebagai contoh, pembelian Park City Grand Plaza Kensington di London dibuat oleh FO1 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah FELDA dengan harga yang melebihi kadar pasaran dan gagal mengikut dasar pelaburan yang ditetapkan.


“FO1 membeli aset ini pada harga RM331 juta sedangkan harga pasaran ketika itu hanyalah RM128 juta," katanya.


Isa Samad
Sementara itu Azmin berkata, penyenaraian FGV telah menjana tunai sebanyak RM10.5 bilion, di mana Felda telah memperolehi tunai sebanyak RM6 bilion dan baki selebihnya menjadi milik FGV.

Malangnya, RM1.4 bilion daripada hasil tunai yang diperolehi oleh Felda melalui penyenaraian FGV telah dibelanjakan untuk membuat pelaburan yang sangat meragukan melibatkan transaksi gelap.

"Manakala, sejumlah RM2.7 bilion pula telah digunakan untuk meraih sokongan politik menjelang pilihan raya umum," katanya. - mkini



Demikianlah Artikel Najib 'Durjana', Arah Segerakan Beli Eagle High

Sekianlah artikel Najib 'Durjana', Arah Segerakan Beli Eagle High kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib 'Durjana', Arah Segerakan Beli Eagle High dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/04/najib-durjana-arah-segerakan-beli-eagle.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :