'JAUHI MAKSIAT' DI SELURUH PAHANG

'JAUHI MAKSIAT' DI SELURUH PAHANG - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'JAUHI MAKSIAT' DI SELURUH PAHANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'JAUHI MAKSIAT' DI SELURUH PAHANG
link : 'JAUHI MAKSIAT' DI SELURUH PAHANG

Baca juga


'JAUHI MAKSIAT' DI SELURUH PAHANG





Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) memasang lebih 40 papan tanda 'Jauhi Maksiat' di seluruh negeri sejak awal tahun ini.

Pemasangan papan tanda itu adalah sebagai peringatan kepada orang ramai dan antara usaha mencegah jenayah membabitkan salah laku tidak bermoral, terutamanya dalam kalangan remaja.

Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Penguatkuasaan) JAIP, Adnan Mamat berkata, pemilihan lokasi pemasangan papan tanda itu dibuat hasil mesyuarat bersama pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan.

"Setakat ini setiap daerah dipasang dengan empat atau lima papan tanda berkenaan di kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan utama.

"Langkah pencegahan ini diambil berikutan pihak JAIP menerima banyak aduan mengenai kelakuan tidak senonoh di kawasan terbabit dan ia adalah untuk dijadikan panduan serta peringatan kepada mereka (pengunjung)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Pemasangan Papan Tanda Pencegahan Jenayah Syariah Daerah Jerantut yang dirasmikan Yang Dipertua Majlis Daerah Jerantut (MDJ), Tengku Khairul Zahirah Tengku Kamaluddin di Taman I-City, dekat Jerantut, hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Zuridan Mohd Daud dan Kadi Daerah, Syarifuddin Mohamad Sa'ad.

Sementara itu, Tengku Khairul Zahirah berkata, langkah JAIP memasang papan tanda itu wajar dipuji dan berharap ia dapat membantu menjaga imej daerah berkenaan daripada sebarang aktiviti yang tidak senonoh.

Katanya, pihak MDJ sedia memberi kerjasama jika pihak JAIP bercadang untuk menambah lagi lokasi bagi pemasangan papan tanda terbabit di daerah ini.




Demikianlah Artikel 'JAUHI MAKSIAT' DI SELURUH PAHANG

Sekianlah artikel 'JAUHI MAKSIAT' DI SELURUH PAHANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'JAUHI MAKSIAT' DI SELURUH PAHANG dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/04/jauhi-maksiat-di-seluruh-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :