Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak

Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak
link : Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak

Baca juga


Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak



Larangan penjualan minuman keras di Seremban International Golf Club (SIGC) dilapor ditarik semula.

Keputusan itu dibuat selepas ahli-ahlinya dalam mesyuarat agung luar biasa petang ini sebulat suara menolak larangan yang dikenakan presiden kelab itu, Aminuddin Harun yang juga merupakan menteri besar.

Laporan Free Malaysia Today memetik salah seorang ahli kelab itu, Shanker Ramachandran sebagai berkata bahawa larangan itu ditarik serta-merta.

Shanker yang dilapor turut hadir mesyuarat itu berkata, larangan penjualan alkohol dikuatkuasakan Ogos lalu selepas Aminuddin menjadi presiden SIGC.

Shankar juga berkata larangan penjualan alkohol bukan saja dilakukan secara sepihak tapi juga bertentangan dengan perlembagaan kelab itu.

Mesyuarat hari ini diadakan selepas Shankar dan 43 ahli kelab yang lain menggesa ia diadakan.

Mesyuarat itu dilaporkan dipengerusikan timbalan presiden SIGC, Razali Ab Malik yang juga setiausaha negeri Negeri Sembilan.

Aminuddin sebelum ini menafikan dakwaan mengatakan beliau mengharamkan penjualan minuman keras di SIGC dan menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat secara muafakat oleh jawatankuasa SIGC.

Sin Chew Daily memetik Aminuddin sebagai berkata perkara itu telah dibincangkan dalam jawatankuasa SIGC sebanyak dua kali dan persetujuan dicapai menetapkan alkohol tidak boleh dijual di kelab berusia 67 tahun itu.

Dilaporkan padang golf itu milik kerajaan negeri, manakala rumah kelab dan kemudahan sukan lain dimiliki 1,500 ahli SIGC.


Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri secara automatik dipilih sebagai presiden dan timbalan presiden kelab. Menteri besar juga melantik setiausaha, bendahari, kapten kelab dan lima orang ahli jawatankuasa.

Semalam, Free Malaysia Today melaporkan Aminuddin mengancam untuk meletakkan jawatan sebagai presiden SIGC sekiranya kelab golf tersebut tidak mengutamakan sensitiviti tempatan.

“Apa pun saya tak kisah. Saya tak berada sebagai presiden SIGC pun tak ada masalah. Tak apalah, saya ikut tapi saya berhenti.

“Selain itu terdapat juga masjid berhampiran dan kedudukan saya sebagai pengerusi Jawatankuasa Bertindak Agama Islam Negeri Sembilan (Exco Agama Islam),” katanya kepada portal itu.



Demikianlah Artikel Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak

Sekianlah artikel Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kelab Golf Tarik Balik Larangan Jual Arak dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/03/kelab-golf-tarik-balik-larangan-jual.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :