BN TERUS BERKEMPEN DEKATI PENGUNDI, ABAI KEMPEN NEGATIF

BN TERUS BERKEMPEN DEKATI PENGUNDI, ABAI KEMPEN NEGATIF - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BN TERUS BERKEMPEN DEKATI PENGUNDI, ABAI KEMPEN NEGATIF, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BN TERUS BERKEMPEN DEKATI PENGUNDI, ABAI KEMPEN NEGATIF
link : BN TERUS BERKEMPEN DEKATI PENGUNDI, ABAI KEMPEN NEGATIF

Baca juga


BN TERUS BERKEMPEN DEKATI PENGUNDI, ABAI KEMPEN NEGATIF






Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Shahril Sufian Hamdan berkata pergerakan itu akan terus berkempen mengikut cara mereka dan tidak akan terikut-ikut dengan tindak-tanduk pihak tertentu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang hari pengundiannya akan diadakan pada 2 Mac depan.

Menurut beliau apa yang penting ialah sentuhan kepada pengundi akan diteruskan dan ditingkatkan dari semasa ke semasa termasuklah gerak kerja bersama dengan PAS dalam usaha membantu kemenangan calon BN, Zakaria Hanafi kelak biarpun dikatakan ada tindakan provokasi pemasangan kain rentang menyalahi undang-undang pilihan raya.

“Jika benar kain rentang dan ‘flyers’ seperti yang diperkatakan dan dipasang di beberapa kawasan, ini menunjukkan sekali lagi Pakatan Harapan (PH) bercakap tidak serupa bikin sebab mereka sebelum ini kononnya mendokong ‘rule of law’.

“Kalau seseorang itu belum disabitkan kesalahan mana mungkin kita panggil perompak. Saya nampak ini lebih kepada cemburulah… bukan hanya ‘bossku’ tetapi juga gelombang BN keseluruhannya yang semakin lama semakin kuat.

“PH seolah-olah tidak nampak sinar walaupun baru 10 bulan ambil alih kerajaan. Sepatutnya ‘honeymoon period’ ada lagi tetapi kerana kegagalan demi kegagalan itulah sebabnya dia orang tidak nampak cahaya itu dan menyerang perkara-perkara sedemikian rupa. Jadi biarlah mereka buat cara itu dan kami akan terus berkempen cara kami dan insya Allah kemenangan akan berpihak kepada BN,” katanya di sini, hari ini.

Semalam tular berkaitan kain rentang yang memaparkan ‘Kita bukan pencuri, kita bukan pembohong, kita bukan perompak’ yang dipasang sempena kempen PRK DUN Semenyih.

Terdahulu sebelum itu beliau mengadakan walkabout sekitar Kantan Permai dan Taman Desa Sri Jenaris bersama jentera di samping mengedarkan ‘flyers’ BN dan mengunjungi pengundi serta usahawan muda sekitar kawasan berkenaan.

Shahril Sufian seterusnya percaya gerak kerja bersama rakan sekutu PAS akan terus dipertingkatkan dan dalam masa terdekat akan ada program besar antara kedua-dua sayap Pemuda parti berkenaan.

“Momentum kita makin baik dan maklum balas yang kita terima cukup positif sepanjang walkabout tadi. Insya-Allah kita akan lipatgandakan lagi usaha kita,” tambahnya lagi. 

**********

Jom ikuti aktiviti-aktiviti calon Barisan Nasional Pilihan Raya Kecil N.24 Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Zakaria Hanafi di www.facebook.com/ZH4N24 dan www.instagram.com/zakariahanafi_n24/




Demikianlah Artikel BN TERUS BERKEMPEN DEKATI PENGUNDI, ABAI KEMPEN NEGATIF

Sekianlah artikel BN TERUS BERKEMPEN DEKATI PENGUNDI, ABAI KEMPEN NEGATIF kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BN TERUS BERKEMPEN DEKATI PENGUNDI, ABAI KEMPEN NEGATIF dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/02/bn-terus-berkempen-dekati-pengundi-abai.html

Subscribe to receive free email updates: