Judul : [Video Najib tidak menyumbang apa-apa] AG jelaskan mengapa tribunal bukan sekadar akademik.
link : [Video Najib tidak menyumbang apa-apa] AG jelaskan mengapa tribunal bukan sekadar akademik.
[Video Najib tidak menyumbang apa-apa] AG jelaskan mengapa tribunal bukan sekadar akademik.
Rabu, 30 Januari 2019AG jelaskan mengapa tribunal bukan sekadar akademik
Peguam Negara, Tommy Thomas hari ini tampil mempertahankan isu penubuhan tribunal bagi menyiasat enam bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menurut sesetengah pihak hanya bersifat akademik.
Ini termasuk kenyataan oleh pengerusi tribunal itu sendiri, Steve Shim Lip Kiong yang mempersoalkan penubuhan itu memandangkan semua enam anggota SPR berkenaan telah meletak jawatan pada 1 Januari lalu.
Menerusi satu kenyataan media, Thomas menjelaskan semua mereka tidak kebal daripada penelitian dan siasatan tribunal semata-mata kerana mereka telah meletakkan jawatan.
"Pertuduhan-pertuduhan (salah laku) ini amat serius, dan sekiranya dibuktikan, akan menunjukkan kesalahan diri anggota-anggota SPR dalam cara pengelolaan PRU-14.
"Tempoh yang relevan yang ditugaskan untuk siasatan Tribunal ialah pada hari mengundi (9 Mei 2018).
"Anggota-anggota ini masih memegang jawatan dalam SPR pada masa tersebut, dan tindakan mereka pada masa itulah yang disiasat," katanya sambil menjelaskan tribunal itu mempunyai dua mandat yang berasingan
Tommy berkata jika tribunal berpuas hati sebegitu, maka mereka perlu membuat syor kepada Yang di-Pertuan Agong tentang tindakan yang boleh diambil, termasuk memecat anggota SPR berkenaan.
Katanya, peletakan jawatan enam bekas anggota SPR itu - bekas Timbalan Pengerusi SPR, Othman Mahmood dan ahli-ahli suruhanjaya, Md Yusop Mansur, Abdul Aziz Khalidin, Sulaiman Narawi, Leo Chong Cheong dan K Bala Singam - tidak menjadikan mereka kebal daripada penelitian dan siasatan.
“Tribunal mungkin tidak hanya terhad kepada syor bagi pemecatan daripada jawatan, yang merupakan hukuman yang paling ekstrem.
"Malahan tribunal boleh mengemukakan syor lain secara alternatif menurut bahagian kedua mandat,” katanya.
Tommy berkata adalah jelas bahawa peletakan jawatan anggota SPR berkenaan adalah langkah yang sengaja diambil bagi menggagalkan siasatan tribunal dan untuk mengelakkan keaiban akibat pemecatan serta segala kesan yang berikutan.
Menurutnya, peletakan jawatan anggota SPR berkenaan dibuat sebaik sahaja terdapat laporan bahawa kerajaan telah memulakan proses untuk menubuhkan tribunal.
“Namun tarikh berkuat kuasa dilewatkan secara sepihak kepada 1 Januari 2019,” katanya.
Tommy berkata, penubuhan tribunal itu masih boleh memberi kesan kepada pihak yang disiasat melalui implikasi kewangan yang langsung kepada hak dan faedah persaraan mereka yang diterima jika mereka meletak jawatan, bukan dipecat.
“Namun demikian, akhirnya tribunal bebas untuk membuat keputusan berkenaan isu awalan, seperti yang diinginkan, dan untuk membuat syor pada Duli Yang Maha Mulia Seri Baginda Yang di-Pertuan Agong,” katanya.
Anggota tribunal itu adalah hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Steve Shim Lip Kiong, yang mempengerusikan tribunal berkenaan, Zaleha Zahari, Suriyadi Halim Omar, Jeffrey Tan Kok Wha dan Dr Prasad Sandosham Abraham.
Mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 114(3), 125(3) dan 125(4) Perlembagaan Persekutuan.
Malaysiakini.
Demikianlah Artikel [Video Najib tidak menyumbang apa-apa] AG jelaskan mengapa tribunal bukan sekadar akademik.
Sekianlah artikel [Video Najib tidak menyumbang apa-apa] AG jelaskan mengapa tribunal bukan sekadar akademik. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Najib tidak menyumbang apa-apa] AG jelaskan mengapa tribunal bukan sekadar akademik. dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/01/video-najib-tidak-menyumbang-apa-apa-ag.html