Sumbangan Dana Guaman PAS, ramai tak faham, komen tak waras

Sumbangan Dana Guaman PAS, ramai tak faham, komen tak waras - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sumbangan Dana Guaman PAS, ramai tak faham, komen tak waras, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sumbangan Dana Guaman PAS, ramai tak faham, komen tak waras
link : Sumbangan Dana Guaman PAS, ramai tak faham, komen tak waras

Baca juga


Sumbangan Dana Guaman PAS, ramai tak faham, komen tak waras

Sedih membaca komen daripada pembenci-pembenci PAS berkenaan rayuan Ustaz Idris Ahmad kepada AHLI-AHLI PAS, PENYOKONG DAN PENSIMPATI untuk membiayai perjalanan kes saman ke atas Clare Rewcastle Brown di London.

Sedih kerana komen-komen semuanya tiada merit.

1. Kes ini bukan suka-suka difailkan di London. Kalaulah boleh difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, tentunya peguam-peguam PAS akan melakukannya. Prosedur kehakiman (saya tidak tahu istilah sebenar), memerlukan kes difailkan di tempat kesalahan yang didakwa dilakukan. Dalam kes ini, Clare dipercayai melakukan posting yang didakwa berunsur fitnah ini di London, ataupun sekurang-kurangnya Sarawak Report ini didaftarkan di London.
Seandainya kes ini difailkan di Kuala Lumpur, kita boleh anggap memberikan kemenangan percuma kepada Clare Rewcastle Brown.

2. Kes saman di London ini memerlukan TGHH diwakili oleh peguam-peguam yang berdaftar dengan Majlis Peguam di sana. Maka, peguam-peguam PAS tidak boleh mewakili TGHH di sana, sebaliknya hanya membantu pasukan peguam di sana untuk mendapatkan fakta kes bagi menyokong pendakwaan ini. Maka, kos guaman di London adalah berbeza dengan kos guaman di Malaysia, sekurang-kurangnya atas tiga sebab: peguamnya BUKAN AHLI PAS, kadar yang berbeza, dan tentu sekali faktor tukaran matawang dari MYR ke GBP

3. "Kemenangan" pusingan awal sebelum ini bukanlah kemenangan mutlak. Kemenangan sebelum ini ialah bagi menolak permohonan Clare Rewcastle Brown untuk mengetepikan saman TGHH ke atas mereka. Bersekali dengan itu, peguam-peguam yang mewakili TGHH turut berjaya mengetepikan sebahagian besar kandungan "pleading" yang difailkan oleh Clare. Maka, dalam perbicaraan kes saman yang dijadualkan April ini, mereka tidak ada apa-apa yang akan disebutkan didalam pembelaan mereka, kecuali beberapa mukasurat yang tinggal.

Maka, amatlah wajar bagi ahli-ahli PAS meraikan "kejayaan" mengetepikan permohonan Clare dan "kejayaan" membatalkan sebahagian besar pleading mereka.

4. Ada juga komen menyuruh supaya menjual Mercedes-Benz (dipercayai merujuk kepada kereta Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan). Di sini wujud kecelaruan minda mereka, apabila gagal membezakan antara kerajaan dan parti. Kereta Mercedes-Benz itu adalah milik kerajaan dan bukan milik mana-mana individu, apatah lagi milik parti.
Maka, hujah sebegini menunjukkan kedangkalan pemikiran tahap kronik, dan kecetekan ilmu mengenai perbezaan entiti kerajaan dan parti.


5. Yang paling UTAMA, rayuan Ustaz Idris Ahmad itu ditujukan khusus kepada ahli-ahli PAS dan para penyokong dan pensimpatinya. Rayuan itu tidak sama sekali ditujukan kepada pembenci-pembenci PAS, dan tentu sekali tidak akan mengakibatkan sebarang kerugian kepada mereka. Ahli-ahli PAS, penyokong dan pensimpatinya yang diseru ini, sedang berlumba-lumba hendak memberikan sumbangan mereka.

Siiru 'alaa barakatiLlah!
Allahu Akbar!


Demikianlah Artikel Sumbangan Dana Guaman PAS, ramai tak faham, komen tak waras

Sekianlah artikel Sumbangan Dana Guaman PAS, ramai tak faham, komen tak waras kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sumbangan Dana Guaman PAS, ramai tak faham, komen tak waras dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/01/sumbangan-dana-guaman-pas-ramai-tak.html

Subscribe to receive free email updates: