Judul : Rakyat Rasa muak dengan Menteri-Menteri Kabinet yang baharu – Tun Daim
link : Rakyat Rasa muak dengan Menteri-Menteri Kabinet yang baharu – Tun Daim
Rakyat Rasa muak dengan Menteri-Menteri Kabinet yang baharu – Tun Daim
SHAH ALAM 30 Jan. – BEKAS Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin hari ini menasihatkan sesetengah menteri Kabinet supaya tidak terus ‘bergaduh’ sesama sendiri secara terbuka kerana ini boleh menimbulkan rasa muak rakyat kepada kerajaan.
Beliau berkata, meskipun difahami bahawa semua menteri Kabinet adalah baharu, namun sikap seumpama itu tidak boleh dibiarkan sebaliknya disarankan supaya sentiasa menunjukkan semangat bersatu-padu.
“Mereka (menteri Kabinet) memang baharu. Selama 50 tahun jadi pembangkang tetapi apabila menang (Pilihan Raya Umum ke-14) sama-sama, mereka masih bergaduh sesama sendiri.
“Saya sudah beritahu banyak kali, enam bulan bolehla jika hendak bergaduh. Kalau lepas tu masih nak bergaduh, lama-lama rakyat makin muak,” katanya pada program Luncheon Talk: Atmosfera Ekonomi Bumiputera Masa Hadapan di Universiti Teknologi Mara, di sini.
Oleh itu, kata beliau, adalah lebih elok sekiranya barisan menteri fokus untuk bekerja sebagai satu pasukan dengan penjawat awam dan pelbagai agensi di bawah kementerian masing-masing kerana mereka mempunyai kebolehan serta kelulusan yang baik.
“Ada menteri buat kerja tanpa minta pandangan. Apabila ini berlaku, penjawat awam ini akan lepas tangan. Ini antara punca mengapa banyak perkara gagal dilaksanakan dengan baik,” katanya.
Dalam pada itu, Daim menyifatkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan hampir 50 tahun lepas untuk memberi segala bantuan dan sokongan kepada kaum Melayu gagal mencapai matlamatnya apabila pada masa kini, majoriti daripada kaum itu masih ‘kais pagi, makan pagi’.
Beliau berkata, kira-kira 75 peratus daripada golongan berpendapatan rendah (B40) terdiri daripada kaum Melayu yang masih bergantung kepada subsidi kerajaan untuk meneruskan hidup.
Tegas beliau, sesetengah orang Melayu seharusnya bertanya kepada diri sendiri mengapa mereka masih terkebelakang walaupun kerajaan melaksanakan pelbagai polisi untuk membantu golongan tersebut.– BERNAMA
Demikianlah Artikel Rakyat Rasa muak dengan Menteri-Menteri Kabinet yang baharu – Tun Daim
Sekianlah artikel Rakyat Rasa muak dengan Menteri-Menteri Kabinet yang baharu – Tun Daim kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rakyat Rasa muak dengan Menteri-Menteri Kabinet yang baharu – Tun Daim dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/01/rakyat-rasa-muak-dengan-menteri-menteri.html