Judul : PRK CAMERON HIGHLANDS: PEMIMPIN PAS TURUN SOKONG CALON BN
link : PRK CAMERON HIGHLANDS: PEMIMPIN PAS TURUN SOKONG CALON BN
PRK CAMERON HIGHLANDS: PEMIMPIN PAS TURUN SOKONG CALON BN

Pemimpin PAS hadir di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands bagi memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), pagi ini.
Antara yang kelihatan, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hasan.
Mereka berdua berarak bersama penyokong BN bagi mengiringi calon BN, Ramli Mohd Noor, menuju ke Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah.
Pusat penamaan calon dibuka jam 9 pagi tadi. Calon DAP, M Manogaran, paling awal memasuki dewan penamaan calon diikuti calon BN.
PRK itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Datuk C Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) selepas memutuskan berlaku amalan rasuah untuk mempengaruhi pengundi di kawasan itu.
Hari pengundian ditetapkan 26 Januari ini.
Demikianlah Artikel PRK CAMERON HIGHLANDS: PEMIMPIN PAS TURUN SOKONG CALON BN
Sekianlah artikel PRK CAMERON HIGHLANDS: PEMIMPIN PAS TURUN SOKONG CALON BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRK CAMERON HIGHLANDS: PEMIMPIN PAS TURUN SOKONG CALON BN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2019/01/prk-cameron-highlands-pemimpin-pas.html