Judul : [Video Mungkin Ini Ucapan Terakhir BERSATU Saya] Guru agama dari Kelantan, Terengganu, Kedah perlu kekal di Sabah Sarawak terus ‘berdakwah’ - Dr Maszlee
link : [Video Mungkin Ini Ucapan Terakhir BERSATU Saya] Guru agama dari Kelantan, Terengganu, Kedah perlu kekal di Sabah Sarawak terus ‘berdakwah’ - Dr Maszlee
[Video Mungkin Ini Ucapan Terakhir BERSATU Saya] Guru agama dari Kelantan, Terengganu, Kedah perlu kekal di Sabah Sarawak terus ‘berdakwah’ - Dr Maszlee
Isnin, 31 Disember 2018Guru agama dari Kelantan Terengganu Kedah perlu kekal di Sabah Sarawak terus ‘berdakwah’ - Dr Maszlee
Jika boleh, kita pujuk ustaz dan ustazah dari Kelantan, Terengganu dan Kedah mengajar di Sabah dan Sarawak buat sementara ini tidak pulang ke Semenanjung bagi menjadi medan dakwah mereka dan medan menabur bakti - Maszlee
KUALA LUMPUR: Kekurangan guru agama di Sabah Sarawak bukan isu baru. Sejak dari dahulu guru dari Semenanjung terpaksa dihantar ke Sabah dan Sarawak khususnya sekolah pedalaman. Sehubungan itu Kementerian Pendidikan mengakui kekurangan guru agama di Sabah dan Sarawak kritikal.
Menterinya, Maszlee Malik menasihatkan guru agama dari Kelantan dan Terengganu tidak pulang ke Semenanjung buat sementara, sebaliknya terus menabur bakti di Sabah dan Sarawak.
Dr Maszlee di Sarawak
“Bekalan guru-guru agama di Sabah dan Sarawak memang benar-benar mendesak, sebab itu saya sudah bertemu dengan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) dan beberapa rakan dari Kelantan dan Terengganu.
“Jika boleh, kita pujuk ustaz dan ustazah dari Kelantan, Terengganu dan Kedah mengajar di Sabah dan Sarawak buat sementara ini tidak pulang ke Semenanjung bagi menjadi medan dakwah mereka dan medan menabur bakti,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian berhubung cadangan Tuan Ibrahim yang juga timbalan presiden PAS supaya Kementerian Pendidikan menambah sekolah agama di Sabah dan Sarawak bagi menyeimbangkan kekurangan guru agama.
Maszlee berkata, cadangan menambah sekolah agama di Sabah dan Sarawak akan diteliti kementeriannya.
“Cadangan (Tuan Ibrahim) idea yang bernas. Kita akan teliti pandangan itu dan jika ada bajet akan dimasukkan ke dalam RMK12 (Rancangan Malaysia ke-12),” katanya.
Bagaimanapun saranan kekalkan guru semenanjung dari Kelantan dan Terengganu itu mendapat komen netizen yang pelbagai termasuk menentangnya atas istilah ‘dakwah’.
Menteri Pendidikan ketika di Sabah
Nafi medan dakwah tukar agama
Hari ini Dr Maszlee menjelaskan semula maksud dakwah itu dan berkata media tersalah tafsir tentang kenyataannya. Dr Maszlee Malik menolak dakwaan meminta guru-guru menjadikan sekolah sebagai medan untuk dakwah agama.
Sebaliknya, beliau menjelaskan dakwah yang dimaksudkan merujuk kepada menyeru dan mengajak kepada kebaikan, dan bukan untuk menukar agama.
Seperti biasa sebelum ini Dr Maszlee menyalahkan media tersalah lapor mengenai kenyataannya.
Sabahkini.
[http://bit.ly/2Vlw5Ev]
Demikianlah Artikel [Video Mungkin Ini Ucapan Terakhir BERSATU Saya] Guru agama dari Kelantan, Terengganu, Kedah perlu kekal di Sabah Sarawak terus ‘berdakwah’ - Dr Maszlee
Sekianlah artikel [Video Mungkin Ini Ucapan Terakhir BERSATU Saya] Guru agama dari Kelantan, Terengganu, Kedah perlu kekal di Sabah Sarawak terus ‘berdakwah’ - Dr Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Mungkin Ini Ucapan Terakhir BERSATU Saya] Guru agama dari Kelantan, Terengganu, Kedah perlu kekal di Sabah Sarawak terus ‘berdakwah’ - Dr Maszlee dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/12/video-mungkin-ini-ucapan-terakhir.html