Adakah satu lagi aset milik negara bakal dijual tidak lama lagi?

Adakah satu lagi aset milik negara bakal dijual tidak lama lagi? - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adakah satu lagi aset milik negara bakal dijual tidak lama lagi?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adakah satu lagi aset milik negara bakal dijual tidak lama lagi?
link : Adakah satu lagi aset milik negara bakal dijual tidak lama lagi?

Baca juga


Adakah satu lagi aset milik negara bakal dijual tidak lama lagi?

Jika lapangan terbang kedua terbesar di Kuala Lumpur iaitu KLIA2 di jual 100% kepada syarikat asing pada masa BN memerintah, sudah tentu ini akan dituduh sebagai "jual negara" oleh PH sebelum PRU14.

Tetapi ini tidak berlaku. 

Sebaliknya, Malaysia telah membeli lapangan terbang kedua terbesar di bandaraya terbesar Turki pada tahun 2014 iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Sabihah Gokcen Istanbul (SGIA), 

Pada tahun 2014, MAHB yang merupakan syarikat milik Khazanah Nasional telah membeli SGIA, sepenuhnya.

Sebelum saya menjadi PM, MAHB mula mengambil kepentingan 20% di dalam SGIA pada tahun 2007.

Pada tahun 2013, MAHB menambah 40% lagi kepentingan mereka dan menjadi pemegang saham terbesar di dalam SGIA. 

Tahun berikutnya, MAHB mengambilalih baki 40% kepentingan dan menjadikan MAHB sebagai pemilik 100% lapangan terbang itu.

Saya pelik kerana PH tidak melaungkan tuduhan bahawa negara Turki sudah jual negara kepada Malaysia pada masa itu. 

Malah ada pemimpin PH yang bertemu dan bersalam dua tangan tidak menyatakan tentang Turki jual negara ini.

Pertumbuhan penumpang di SGIA ini amat tinggi dan mencatat pertumbuhan kadar purata 25% setiap tahun sejak 2007. 

Pada tahun 2007, SGIA hanya menerima 3.5 juta penumpang. Tahun lepas 2017, jumlah penumpang naik kepada 31.3 juta orang dan sudah melebihi jumlah penumpang di KLIA.

Untuk 6 bulan pertama tahun 2018 ini, jumlah penumpang naik 12% lagi.

Jelas bahawa ini juga satu aset yang mempunyai potensi yang baik untuk memberi pulangan lebih tinggi bagi tahun tahun mendatang untuk negara.

Sebelum PRU14, ada beberapa pihak telah berminat untuk membeli SGIA ini tetapi pengurusan MAHB pada masa itu berkata mereka tidak berminat melepaskan saham majoriti terbesar tetapi hanya akan menimbang penjualan saham minoriti jika pembeli itu merupakan rakan strategik.

Namun, rakyat perlu tahu bahawa pengurusan MAHB dan Khazanah sudah ditukar selepas PRU14.

Media melaporkan bahawa selepas PRU14, syarikat penerbangan Turki telah membuat tawaran untuk membeli kepentingan 80% SGIA ini dari MAHB dengan membayar RM3.6 bilion.

MAHB akan untung sebanyak RM1.71 billion jika mereka menerima.

Saya difahamkan, pihak MAHB dan Khazanah sedang menimbang penawaran ini untuk menjual.

Adakah satu lagi aset milik negara bakal dijual tidak lama lagi? 

Apa lagi akan dijual selepas ini?

Oleh :Najib Razak      #CelahGelegar 


Demikianlah Artikel Adakah satu lagi aset milik negara bakal dijual tidak lama lagi?

Sekianlah artikel Adakah satu lagi aset milik negara bakal dijual tidak lama lagi? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adakah satu lagi aset milik negara bakal dijual tidak lama lagi? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/12/adakah-satu-lagi-aset-milik-negara.html

Subscribe to receive free email updates: