[Video Waytha, Kula akan jumpa Dr M selesai isu kuil] PM: Perusuh, dalang rusuhan kuil akan terima hukuman tegas.

[Video Waytha, Kula akan jumpa Dr M selesai isu kuil] PM: Perusuh, dalang rusuhan kuil akan terima hukuman tegas. - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [Video Waytha, Kula akan jumpa Dr M selesai isu kuil] PM: Perusuh, dalang rusuhan kuil akan terima hukuman tegas., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [Video Waytha, Kula akan jumpa Dr M selesai isu kuil] PM: Perusuh, dalang rusuhan kuil akan terima hukuman tegas.
link : [Video Waytha, Kula akan jumpa Dr M selesai isu kuil] PM: Perusuh, dalang rusuhan kuil akan terima hukuman tegas.

Baca juga


[Video Waytha, Kula akan jumpa Dr M selesai isu kuil] PM: Perusuh, dalang rusuhan kuil akan terima hukuman tegas.

Selasa,27 November 2018

PM: Perusuh, dalang rusuhan kuil akan terima hukuman tegas

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa pihak yang terlibat termasuk dalang di sebalik rusuhan di kuil Seafield Seafield Sri Maha Mariamman di Subang Jaya akan menerima hukuman sewajarnya.
"Penjenayah-penjenayah yang terlibat cuba melakukan rusuhan serta mencederakan anggota keselamatan dan penyelamat termasuk kerosakan harta benda awam akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang yang sedia ada.
"Bagi dalang jika ada di sebalik kejadian ini mereka juga tidak akan terlepas daripada menerima hukuman yang sewajarnya," katanya melalui kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri hari ini.
Dalam kenyataan itu, perdana menteri juga berkata bahawa beliau sudah dimaklumkan perkembangan terkini siasatan ke atas kejadian berkenaan.
"Amat jelas dari siasatan awal bahawa kejadian pertama yang berlaku mempunyai unsur jenayah. Begitu juga kejadian susulan yang melibatkan kerosakan harta benda serta kecederaan kepada anggota polis.
"Tidak timbul sama sekali isu perkauman mahupun isu berkaitan agama walaupun ia berkaitan perpindahan kuil," katanya.
Dalam kejadian awal pagi kelmarin, kekecohan berlaku apabila sekumpulan individu menceroboh kuil berkenaan dan menjadikan sebahagian penjaga kuil sebagai tebusan.
Rusuhan kemudian tercetus, menyaksikan sejumlah kenderaan dibakar dan beberapa orang individu yang terlibat dengan rusuhan cedera.
Rusuhan itu berlaku susulan pertikaian pemindahan tapak kuil oleh pemaju One City Development Sdn Bhd yang mendapat kebenaran mahkamah pada 2014.
Tidak sampai 24 jam selepas rusuhan pertama, rusuhan kedua tercetus pada pagi Selasa yang turut menyebabkan kecederaan anggota bomba.
Setakat ini polis telah menahan 21 individu. Dalam tangkapan terbaru, dua suspek ditahan bersama parang yang ditemui dalam kenderaan yang dinaiki, menurut polis.
Dalam dua siri rusuhan itu, sebanyak 23 kenderaan dirosakkan dan dibakar.
Sementara itu, dalam kenyataan sama, Mahathir menggesa agar orang ramai tidak terpengaruh dengan khabar angin.
"Kerajaan juga ingin menasihati orang ramai agar tidak mendengar khabar angin serta tidak menyebarkan mesej yang tidak bertanggungjawab menerusi mana-mana media.
"Sekali lagi saya tegaskan kejadian ini adalah insiden jenayah dan tidak ada kaitan sama sekali dengan unsur-unsur lain," katanya.
Mk.


Demikianlah Artikel [Video Waytha, Kula akan jumpa Dr M selesai isu kuil] PM: Perusuh, dalang rusuhan kuil akan terima hukuman tegas.

Sekianlah artikel [Video Waytha, Kula akan jumpa Dr M selesai isu kuil] PM: Perusuh, dalang rusuhan kuil akan terima hukuman tegas. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [Video Waytha, Kula akan jumpa Dr M selesai isu kuil] PM: Perusuh, dalang rusuhan kuil akan terima hukuman tegas. dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/11/video-waytha-kula-akan-jumpa-dr-m.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :