TAK TIDUR MALAM PUN EKONOMI NEGARA MAKIN MEROSOT... KALAU TIDUR, APA AKAN JADI AGAKNYA?

TAK TIDUR MALAM PUN EKONOMI NEGARA MAKIN MEROSOT... KALAU TIDUR, APA AKAN JADI AGAKNYA? - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul TAK TIDUR MALAM PUN EKONOMI NEGARA MAKIN MEROSOT... KALAU TIDUR, APA AKAN JADI AGAKNYA?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : TAK TIDUR MALAM PUN EKONOMI NEGARA MAKIN MEROSOT... KALAU TIDUR, APA AKAN JADI AGAKNYA?
link : TAK TIDUR MALAM PUN EKONOMI NEGARA MAKIN MEROSOT... KALAU TIDUR, APA AKAN JADI AGAKNYA?

Baca juga


TAK TIDUR MALAM PUN EKONOMI NEGARA MAKIN MEROSOT... KALAU TIDUR, APA AKAN JADI AGAKNYA?






Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melahirkan kebimbangan terhadap situasi ekonomi negara yang jelas kelihatan semakin hari semakin merosot semenjak Pakatan Harapan (PH) mengambil-alih tampuk pemerintahan negara.

Ini semakin jelas kelihatan sejak pengumuman Bajet 2019 oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada awal bulan lalu yang bukan sahaja menunjukkan ramai rakyat tidak berpuas hati, malah agensi penarafan antarabangsa turut melahirkan ketidakyakinan terhadap bajet tersebut.

“Katanya tak tidur malam, namun bukan sahaja 79 peratus rakyat ambil undian ‘The Star’ tidak berpuashati dengan belanjawan 2019 malah pasaran saham dan penganalisa antarabangsa juga tak yakin dengan belanjawan 2019 PH.


“Ini diburukkan lagi dengan keadaan di mana hampir setiap hari selepas belanjawaan PH itu, indeks Bursa Malaysia telah menurun termasuk pagi ini di mana indeks jatuh di bawah 1,700 mata.

“Nilai Ringgit juga turun sehingga RM4.20 pagi ini iaitu 35 sen lebih rendah berbanding sebelum PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14),” kata Najib dalam hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Untuk rekod, sebelum PRU14, ketika negara di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) nilai Ringgit Malaysia (RM) berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD) secara purata RM3.80 bagi setiap 1USD, manakala indeks saham sekitar 1,800 mata.

Justeru itu, Najib yang juga ahli Parlimen Pekan menggesa kerajaan PH bertindak proaktif kerana jika tidak ditangani dengan sebaiknya mampu menyebabkan negara akan terus mengalami kemerosotan ekonomi.

“Berapa banyak kita kehilangan wang melaluinya? Kejatuhan ini juga tunjukkan kita kehilangan keyakinan pelabur asing.

“Jika tidak diperbetulkan, ekonomi kita akan terus merosot,” tegasnya.

Tambah Najib lagi, biarpun penasihat menteri kewangan Tony Pua dan menterinya Guan Eng berbeza pendapat mengenai penarafan agensi antarabangsa mengenai Petronas, namun ekonomi negara turut menerima tempias negatifnya.

“Biarpun Tony Pua kata tindakan Moody’s untuk menurunkan penilaian prospek Petronas daripada stabil kepada negatif bukan satu ‘downgrade’ dan Guan Eng berkata beliau tidak setuju dengan tindakan Moody’s ini untuk ‘downgrade’, pasaran saham dan kekayaan negara tetap terima kesan negatif,” ujarnya.




Demikianlah Artikel TAK TIDUR MALAM PUN EKONOMI NEGARA MAKIN MEROSOT... KALAU TIDUR, APA AKAN JADI AGAKNYA?

Sekianlah artikel TAK TIDUR MALAM PUN EKONOMI NEGARA MAKIN MEROSOT... KALAU TIDUR, APA AKAN JADI AGAKNYA? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel TAK TIDUR MALAM PUN EKONOMI NEGARA MAKIN MEROSOT... KALAU TIDUR, APA AKAN JADI AGAKNYA? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/11/tak-tidur-malam-pun-ekonomi-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :