[PEKAN] AWASI ANAK PADA MUSIM TENGKUJUH

[PEKAN] AWASI ANAK PADA MUSIM TENGKUJUH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [PEKAN] AWASI ANAK PADA MUSIM TENGKUJUH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [PEKAN] AWASI ANAK PADA MUSIM TENGKUJUH
link : [PEKAN] AWASI ANAK PADA MUSIM TENGKUJUH

Baca juga


[PEKAN] AWASI ANAK PADA MUSIM TENGKUJUH



Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah



Rakyat di negeri ini terutama yang tinggal berhampiran kawasan sungai, kolam dan longkang besar supaya lebih peka mengawasi anak masing-masing menjelang musim tengkujuh.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, ia dapat mengelak daripada tragedi lemas yang berlaku sebelum ini berulang.

"Saya berharap rakyat dapat menjaga diri dan keluarga masing-masing terutamanya pada musim tengkujuh dan air pasang besar.

"Banyak risiko wujud dari keadaan semasa ini memerlukan perhatian yang lebih serta sifat berjaga-jaga agar kita semua sentiasa berada dalam keadaan selamat," titah baginda selepas melawat mangsa ribut di Kampung Pasir Panjang, dekat sini, semalam.

Sebanyak 25 rumah melibatkan 131 penduduk di sekitar Kampung Pasir Panjang, Ketapang Hilir, Tanjung Agas dan Pulau Tambun rosak dalam kejadian ribut dan angin kencang pukul 3.00 petang semalam.

Baginda meluangkan masa kira-kira satu jam bertanya khabar, menzahirkan rasa simpati dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada semua mangsa selain melihat sendiri secara dekat rumah-rumah yang rosak akibat kejadian itu

Sementara itu, seorang mangsa Mohd Farizal Mohd Mokhtar, 38, berkata ketika kejadian dia terpaksa berlari keluar rumah dan melaungkan azan selepas ribut serta angin kencang tidak reda.

"Pada mulanya hujan turun lebat bersama guruh dan petir. Saya bersama lima ahli keluarga lain terdengar dentuman petir selama tiga kali berturut-turut sebelum nampak angin membentuk satu gerombolan kabus tebal datang merosakkan bumbung rumah.

"Ribut yang tidak berhenti selama setengah jam menyebabkan saya mengambil keputusan untuk laung azan walaupun di tengah hujan, sebelum ribut reda," katanya.

Seorang lagi mangsa di kawasan sama, Wan Azemi Wan Su, 54, berkata, akibat kejadian itu rumah pusaka arwah ibunya musnah teruk di bahagian ruang tamu.

"Ketika kejadian saya berada di tempat kerja manakala isteri Noraini Talib, 54, ada di rumah kami yang terletak tidak jauh dari sini. Jiran yang hubungi memberitahu rumah kami hampir roboh kena ribut.

"Saya bersyukur sebab pada malam sebelum kejadian (Sabtu), ada kira-kira 15 ahli keluarga berkumpul di rumah pusaka mak tetapi mereka semua dah pulang ke rumah masing-masing pagi semalam," katanya.




Demikianlah Artikel [PEKAN] AWASI ANAK PADA MUSIM TENGKUJUH

Sekianlah artikel [PEKAN] AWASI ANAK PADA MUSIM TENGKUJUH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [PEKAN] AWASI ANAK PADA MUSIM TENGKUJUH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/11/pekan-awasi-anak-pada-musim-tengkujuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :