[KUANTAN] AMBIL PELUANG MAJLIS ILMU: TUNKU AZIZAH

[KUANTAN] AMBIL PELUANG MAJLIS ILMU: TUNKU AZIZAH - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [KUANTAN] AMBIL PELUANG MAJLIS ILMU: TUNKU AZIZAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [KUANTAN] AMBIL PELUANG MAJLIS ILMU: TUNKU AZIZAH
link : [KUANTAN] AMBIL PELUANG MAJLIS ILMU: TUNKU AZIZAH

Baca juga


[KUANTAN] AMBIL PELUANG MAJLIS ILMU: TUNKU AZIZAH



Ambil peluang majlis ilmu: Tunku Azizah


Golongan wanita disaran mengambil peluang daripada penganjuran majlis ilmu bagi menambah pengetahuan, titah Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda bertitah, menambah ilmu merupakan perkara berterusan kerana ia seiring dengan peranan dan tanggungjawab golongan wanita yang semakin mencabar dengan perkembangan semasa dunia.

"Sebagai wanita, kita bukan hanya sibuk dengan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, serta tanggungjawab sebagai anak kepada ibu bapa kita, namun kita juga ada peranan dalam masyarakat.

"Semua tugas ini boleh dilaksanakan dengan sempurna apabila kita berilmu. Pembudayaan ilmu sangat penting sebagai persiapan wanita berdepan dengan cabaran," titah baginda.

Tunku Azizah bertitah demikian semasa berucap merasmikan Forum Perdana Hal Ehwal Islam bertajuk 'Islam Tasqif Al-Nisa' atau Pembudayaan Ilmu Kepada Wanita di Auditorium Darul Makmur, Kompleks Penyiaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, semalam.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh dan isteri Menteri Besar Pahang, Datin Seri Burhah Mohammed.

Forum anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang membicarakan isu semasa wanita Islam itu disertai lebih 1,000 hadirin.




Demikianlah Artikel [KUANTAN] AMBIL PELUANG MAJLIS ILMU: TUNKU AZIZAH

Sekianlah artikel [KUANTAN] AMBIL PELUANG MAJLIS ILMU: TUNKU AZIZAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [KUANTAN] AMBIL PELUANG MAJLIS ILMU: TUNKU AZIZAH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/11/kuantan-ambil-peluang-majlis-ilmu-tunku.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :