HAK ISLAM JANGAN DIGANGGU-GUGAT, ANAK MUDA HARUS BANGKIT

HAK ISLAM JANGAN DIGANGGU-GUGAT, ANAK MUDA HARUS BANGKIT - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul HAK ISLAM JANGAN DIGANGGU-GUGAT, ANAK MUDA HARUS BANGKIT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : HAK ISLAM JANGAN DIGANGGU-GUGAT, ANAK MUDA HARUS BANGKIT
link : HAK ISLAM JANGAN DIGANGGU-GUGAT, ANAK MUDA HARUS BANGKIT

Baca juga


HAK ISLAM JANGAN DIGANGGU-GUGAT, ANAK MUDA HARUS BANGKIT






Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu mencatat sejarah baru apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih sebagai teraju kepimpinan negara. Hanya kerana mahukan perubahan dan terpengaruh dengan janji-janji manis PH, rakyat menolak Barisan Nasional (BN) dan UMNO dengan anak muda dikatakan menjadi faktor pentadbiran negara bertukar tangan.

Namun, intan yang diharapkan rupanya adalah kaca yang menghiris luka. Itulah yang terjadi apabila satu demi satu janji yang ditaburkan oleh PH tidak ditunaikan malah apa yang lebih memilukan apabila Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak cuba diganggu-gugat.

Bagi menyuarakan ketidakpuasan hati rakyat khususnya beragama Islam, pelbagai himpunan diadakan. Baru-baru ini himpunan Perpaduan Ummah yang diadakan di Pasir Salak berjaya menghimpunkan lebih 40 ribu kehadiran. Rata-rata yang ditemui melahirkan harapan agar generasi muda berfikir panjang dan tidak mengulangi kesilapan pada PRU-14 yang lalu.




Bagai Surai Husin melihat sejak PH mengambil alih pucuk pimpinan negara, kedudukan agama Islam hari ini semakin tercabar.

“Walapun Perdana Menteri kita masih seorang yang beragama Islam tetapi sekadar boneka kepada Dap. Jadi, kita harus ketepikan fahaman politik dan bergabung bersama-sama demi mempertahankan hak kita.

“Anak muda khususnya… kami sudah merasa bagaimana azab 13 Mei, bagaimana perpecahan kaum, jadi saya harapkan anak muda sedar apa yang sedang berlaku sekarang ini,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Mariah Mohd Rafi turut bersetuju bahawa fahaman politik bukan lagi satu keutamaan kerana apa yang penting kini adalah akidah dan penyatuan ummah.




“Kita kena pertahankan hak kita. Saya berharap generasi muda bangkit untuk perjuangkan hak mereka. Mungkin generasi ini agak terlewat sedar tapi belum terlambat. Inilah permulaan untuk kita selamatkan agama dan bangsa,” jelasnya.

Mohd Shafiq Mohd Salleh pula berkata, secara dasarnya Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh diganggu-gugat tetapi sekarang ini ia mula dicabar maka semua umat Islam harus bangkit untuk menyatakan pendirian.




“ICERD contohnya… perkara ini tidak perlu pun. Walaupun Malaysia terdapat pelbagai kaum tapi kita hidup aman. Kenapa nak setuju dengan ICERD kerana perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan.

“Jadi saya menyeru agar anak muda kembali sedar. Anak muda banyak terpengaruh dengan janji yang dilontarkan oleh PH. Sekarang sudah terbukti PH tidak mampu tunai janji dan tidak boleh mentadbir dengan baik maka anak muda tolonglah fikir panjang selepas ini,” katanya.




Demikianlah Artikel HAK ISLAM JANGAN DIGANGGU-GUGAT, ANAK MUDA HARUS BANGKIT

Sekianlah artikel HAK ISLAM JANGAN DIGANGGU-GUGAT, ANAK MUDA HARUS BANGKIT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel HAK ISLAM JANGAN DIGANGGU-GUGAT, ANAK MUDA HARUS BANGKIT dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/11/hak-islam-jangan-diganggu-gugat-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :