Bahaya Sekularisme, Liberalisme

Bahaya Sekularisme, Liberalisme - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bahaya Sekularisme, Liberalisme, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bahaya Sekularisme, Liberalisme
link : Bahaya Sekularisme, Liberalisme

Baca juga


Bahaya Sekularisme, Liberalisme

Oleh:MAJILIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

KATAKANLAH (wahai Muhammad): “Wahai sekalian manusia! Telah datang kepada kamu kebenaran (al-Quran) daripada Tuhan kamu. Oleh itu, sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepada-Nya), maka hidayah itu berguna untuk dirinya sendiri. Sesiapa yang sesat (mengingkarinya) maka bahaya kesesatannya itu mencelakakan dirinya sendiri. Aku pula bukanlah menjadi penjaga terhadap (amalan) kamu.” Surah Yunus 10: 108.

Ayat di atas adalah perintah ALLAH SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk menyeru semua manusia baik orang Islam atau bukan Islam daripada pelbagai bangsa, status sosial dan ekonomi. 

Rasulullah SAW diperintah oleh ALLAH SWT agar memberitahu dan memperingatkan sekalian manusia bahawa sesungguhnya keimanan dan keyakinan seseorang kepada ALLAH SWT baik yang bersifat mutlak  (absolute) dan bersifat  anjal (fleksibel) akan memberi faedah kepada diri mereka sendiri baik di dunia mahu pun di akhirat.
Bagitu juga halnya Nabi Muhammad SAW diperintah oleh ALLAH SWT untuk memberitahu kepada semua manusia bahawa sesiapa yang sesat dan menyimpang daripada prinsip-prinsip syariat yang telah ALLAH SWT tetapkan maka kemungkaran dan kesesatan mereka itu akan menimpa diri mereka. 

Beritahukanlah juga kepada mereka bahawa Engkau tidak akan menanggung atau terkesan oleh perbuatan taat serta perbuatan sesat mereka.

Antara yang tergolong mengingkari ALLAH SWT hari ini adalah tindakan individu atau kumpulan dalam kalangan manusia yang berpegang kepada aliran pemikiran yang hanya tertumpu kepada penjanaan akal, logik dan buah-buah fikiran bersifat eksperimental tanpa disatukan dengan teras Islam iaitu akidah, fiqah dan tasawuf. 

Tindakan yang berlandaskan hukum akal semata-mata ditolak oleh Islam.

Sesungguhnya Islam tertakluk dengan implimentasi dan gabungan akal (akliah) dengan wahyu (naqliah). Akal dengan segala hujahannya adalah lemah dan tertolak dengan apa yang ditetapkan oleh dalil-dalil naqliah (al-Quran, Sunah, Ijmak dan Qiyas) secara mutlak jika ianya tidak menepati kehendak nas atau bercanggah dengannya.

Saling berkaitan

Islam tidak pernah memisahkan antara dunia dengan akhirat atau antara sains dengan agama. 

Kesemuanya saling kuat menguatkan antara satu dengan yang lain. 

Kesemuanya berperanan dan kesemuanya penting. Umpama tujuan hidup adalah untuk akhirat namun dunia adalah penting sebagai arena ujian. 

Sains penting kerana ia adalah kajian yang sistematik dengan menggunakan akal logik. Tetapi logik akal yang sempurna tidak akan menolak adanya Pencipta dan alam roh. Akal yang sihat akan mengakui bahawa akal mempunyai batasan-batasan yang tertentu seperti tidak dikurniakan kebolehan untuk menanggapi perkara-perkara ghaib.

Fahaman sekular adalah aliran pemikiran yang melahirkan fahaman humanisme (yang mengutamakan nilai-nilai, kepentingan dan maruah manusia serta tidak mementingkan nilai-nilai lain), modenisme (segala yang baharu adalah dianggap lebih baik), empiricism (teori atau pengetahuan yang berdasarkan panca indera sahaja yang dianggap wujud), feminisme (gerakan atau faham yang menuntut persamaan hak wanita dengan kaum lelaki) dan relativisme (tiada nilai mutlak bagi menghukum sesuatu perbuatan) yang semuanya adalah pemikiran-pemikiran yang membawa kepada kesesatan yang nyata.

Sekularisme adalah kesesatan lahir dari dunia barat dalam mengamalkan agama mereka sendiri yang menular dalam pemikiran umat Islam  hari ini dalam pelbagai aspek kehidupan. Sekularisme  merujuk kepada sifat keduniaan yang memisahkan langsung alam rohani atau akhirat. Ia juga boleh difahami sebagai suatu pemikiran yang memisahkan roh dan jasad.

Aliran pemikiran

Satu lagi fahaman besar yang sesat adalah fahaman Liberalisme. 

Liberalisme ialah aliran pemikiran yang bertujuan meningkatkan batas kebebasan yang diberikan kepada individu tanpa sekatan atau dengan sekatan paling sedikit dalam perkara-perkara berkaitan ekonomi, politik, perundangan dan sosial (kebebasan moral). 

Liberalisme mempunyai gagasan pemikiran bahawa individu lebih penting daripada masyarakat, masyarakat wujud untuk individu dan individu bebas daripada nilai-nilai agama. 

Aliran liberal juga mempunyai hubungan yang rapat dengan kelahiran negara demokrasi Eropah yang melaungkan cogankata “kebebasan, persaudaraan dan persamaan”.

Sekularisme dan liberalisme berkaitan antara satu sama lain. Sekularisme menyebabkan lahirnya Liberalisme dalam hal negara, politik, ekonomi dan nilai etika. Fakta-fakta yang ada memberi banyak bukti bahawa kebebasan cara fikir sesat ini tidak menjamin kedamaian dan kebahagian dalam masyarakat.  

Kebebasan yang berlebihan kepada individu tertentu pada masa yang sama menyekat kebebasan individu lain serta menghancurkan kedamaian dan kebahagian dalam masyarakat. 

Fahaman liberal atau liberalisme itu sendiri kini telah menjadi alat untuk memusnahkan insan, nilai manusiawi dan nilai-nilai baik agama-agama. Kelompok liberalis berjuang bagi menghapuskan halangan-halangan tabi’i antara lelaki dengan wanita seperti rasa malu kerana pada mereka sifat malu adalah satu sifat yang negatif, tidak baik dan warisan manusia purba.

Justeru, marilah kita memahami bahawa hari ini kita sedang dibelenggu oleh cara berfikir yang bercanggah dengan Islam. 

Dalam apa pun juga, kita boleh melihat bahawa tindakan, suara dan pendapat mereka sering berlegar dalam isu-isu cabang yang menuju ke arah  pola pemikiran dan perjuangan yang sama. 

Umat Islam amat dilarang mengikut cara berfikir seperti cara berfikir mereka dan hendaklah kita menolaknya secara total.

Firman ALLAH SWT di dalam Surah al-An’am 6: 153:
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku (agma Islam) yang lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) memisahkan kamu dari jalan ALLAH. Itulah perintahkan oleh ALLAH kepada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa”.

Tingkatkan ilmu

Sesungguhnya, penolakan terhadap pemikiran-pemikiran yang bertentangan dengan Islam ini perlu dibuat dengan kaedah tidak meredhai cara fikir, perbuatan dan program anjuran mereka. 

Individu Muslim tidak boleh menyokong apatah lagi mengambil bahagian dalam mendukung kumpulan ini. Dalam masa yang sama, setiap Muslim hendaklah meningkatkan ilmu pengetahuan dalam mengenal ALLAH SAW, pengetahuan-pengetahuan berkaitan ilmu akidah, fiqah serta tasawuf yang merupakan ilmu fardu ain kepada kita untuk mendalaminya.

Untuk memastikan Islam dan syariatnya menjadi perisai dalam gelodakan pelbagai pemikiran sesat pada hari ini, umat Islam perlu mempertingkatkan kesabaran dan keimanan kepada ALLAH SWT dengan sentiasa bersyukur dan bertawajuh kepada-Nya. 

Sesungguhnya sabar itu adalah taat dalam melaksanakan amal kebaikan, menjauhi kemungkaran dan menerima segala ketentuan ALLAH SWT. 

Umat Islam tidak boleh hanya menyalahkan, menghina dan mencerca pihak-pihak tertentu. Tetapi umat Islam perlu berhadapan dengan segala cabaran yang berlaku pada hari ini dengan kefahaman sebenar tentang agama Islam, memperbanyakkan berdoa, berusaha serta bekerja dengan bersungguh-sungguh dan bertawakal kepada-Nya. - SH


Demikianlah Artikel Bahaya Sekularisme, Liberalisme

Sekianlah artikel Bahaya Sekularisme, Liberalisme kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bahaya Sekularisme, Liberalisme dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/11/bahaya-sekularisme-liberalisme.html

Subscribe to receive free email updates: