Judul : [Video Isteri bekas PM telah ditangkap SPRM] Rosmah ditahan SPRM, bakal dituduh di mahkamah esok.
link : [Video Isteri bekas PM telah ditangkap SPRM] Rosmah ditahan SPRM, bakal dituduh di mahkamah esok.
[Video Isteri bekas PM telah ditangkap SPRM] Rosmah ditahan SPRM, bakal dituduh di mahkamah esok.
Rabu, 3 Oktober 2018Rosmah ditahan SPRM, bakal dituduh di mahkamah esok
Isteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata Datin Seri Rosmah Mansor diberkas oleh pegawai agensi antirasuah itu kira-kira jam 3.20 petang tadi.
Katanya ketika itu Rosmah sedang memberi keterangan kepada penyiasat SPRM.
"Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk didakwa esok," katanya kepada Malaysiakini.
Penahanan Rosmah itu dibuat hampir lima jam selepas beliau tiba di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung siasatan agensi terbabit mengenai skandal 1MDB.
Terdahulu beliau tiba - untuk kali ketiga - di situ kira-kira jam 10.40 pagi ditemani peguamnya Datuk K Kumaraendran.
"Susulan itu, Rosmah akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
"Rosmah akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 8 pagi esok untuk pertuduhan tersebut," katanya.
Sementara itu dalam reaksinya berhubung penahanan itu, Najib memberitahu Malaysiakini, SPRM tidak memaklumkan kepada pihaknya mengenai dakwaan yang akan dikenakan ke atas Rosmah.
"Ya, dia ditahan.
"Kami belum diberitahu mengenai dakwaan (yang akan dikenakan). Peguam Rosmah masih tidak mendapat akses kepada anak guam mereka setakat ini," katanya.
Demikianlah Artikel [Video Isteri bekas PM telah ditangkap SPRM] Rosmah ditahan SPRM, bakal dituduh di mahkamah esok.
Sekianlah artikel [Video Isteri bekas PM telah ditangkap SPRM] Rosmah ditahan SPRM, bakal dituduh di mahkamah esok. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [Video Isteri bekas PM telah ditangkap SPRM] Rosmah ditahan SPRM, bakal dituduh di mahkamah esok. dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/10/video-isteri-bekas-pm-telah-ditangkap.html