SELEPAS LIMA BULAN BERKUASA, APA YANG RAKYAT NIKMATI?

SELEPAS LIMA BULAN BERKUASA, APA YANG RAKYAT NIKMATI? - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SELEPAS LIMA BULAN BERKUASA, APA YANG RAKYAT NIKMATI?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SELEPAS LIMA BULAN BERKUASA, APA YANG RAKYAT NIKMATI?
link : SELEPAS LIMA BULAN BERKUASA, APA YANG RAKYAT NIKMATI?

Baca juga


SELEPAS LIMA BULAN BERKUASA, APA YANG RAKYAT NIKMATI?





Penganalisa Politik, Azizi Safar berkata setelah lima bulan negara bertukar kepimpinan selepas Barisan Nasional (BN) tewas kepada Pakatan Harapan (PH), rakyat dilihat mula sedar mereka telah tersalah pilih semasa mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Jelas beliau, apa yang diharapkan oleh rakyat seperti penurunan kos sara hidup, pemansuhan hutang PTPTN, penghapusan tol dan sebagainya, kini hanya tinggal janji kosong yang tidak tahu bila akan tertunai.

“Sudah lebih lima bulan sejak 9 Mei lalu, Kerajaan Malaysia baharu … ramai yang sudah menyesal. Mereka tidak mengundi untuk hilang pekerjaan, tapi itu yang berlaku, mereka tidak mengundi untuk tiada kenaikan gaji, tapi itu yang telah berlaku, mereka tidak mengundi untuk pembatalan projek-projek rakyat, tapi itu yang berlaku.

“Mereka mengundi untuk penurunan harga barangan, tapi itu tidak berlaku; mereka mengundi untuk petrol yang lebih murah, tapi itu juga tidak berlaku; mereka mengundi untuk penurunan kos sara hidup, tapi itu tidak berlaku; mereka mengundi untuk pemansuhan hutang PTPTN, tapi itu tidak berlaku; mereka mengundi untuk pemansuhan tol, tapi itu tidak berlaku dan mereka terasa sangat tolol,” ujar beliau kepada UMNO-Online.

Jelas Azizi, rakyat mengharapkan kerajaan baru mampu melakukan perubahan dan reformasi tetapi malangnya itu semua tidak berlaku dan kini ternyata rakyat ‘sudah kena main’ dengan PH yang menjanjikan bulan dan bintang.

“Apa yang kerajaan sekarang lakukan hanyalah menuding jari kepada pentadbiran kerajaan BN tetapi tidak sedikitpun kerajaan baru melakukan yang terbaik untuk rakyat mahupun negara.

“Ekonomi negara semakin merudum, mata wang negara semakin jatuh… para peniaga juga semakin bimbang.

“Sekarang kita hanya boleh tunggu dan lihat apa yang akan terjadi dan apa yang akan dilakukan oleh kerajaan baru…. dan apa yang pasti, kini rakyat menanti pembentangan bajet yang pertama dari kerajaan baru. Adakah ia jauh lebih baik daripada BN atau ia akan menjadi mimpi ngeri yang akan menghantui rakyat,” ujar beliau.

Lebih ironi katanya lagi, jika dulu semasa menjadi pembangkang, PH selalu memomokkan rakyat dengan cukai GST, tetapi kini kerajaan baru bakal memperkenalkan cukai baru untuk tampung kekurangan pungutan hasil negara akibat pemansuhan GST dan perbelanjaan subsidi petrol yang tinggi.

“Sudahlah SST membebankan, kini cukai baru pula hendak diperkenalkan. Tahniah rakyat kerana ‘bijak memilih’ pada PRU yang lalu,” sindir beliau lagi.




Demikianlah Artikel SELEPAS LIMA BULAN BERKUASA, APA YANG RAKYAT NIKMATI?

Sekianlah artikel SELEPAS LIMA BULAN BERKUASA, APA YANG RAKYAT NIKMATI? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SELEPAS LIMA BULAN BERKUASA, APA YANG RAKYAT NIKMATI? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/10/selepas-lima-bulan-berkuasa-apa-yang.html

Subscribe to receive free email updates: