PKNP RANCANG BINA RUMAH BAWAH RM200,000

PKNP RANCANG BINA RUMAH BAWAH RM200,000 - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PKNP RANCANG BINA RUMAH BAWAH RM200,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PKNP RANCANG BINA RUMAH BAWAH RM200,000
link : PKNP RANCANG BINA RUMAH BAWAH RM200,000

Baca juga


PKNP RANCANG BINA RUMAH BAWAH RM200,000



PKNP rancang bina rumah bawah RM200,000



Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) merancang untuk membina rumah di bawah harga RM200,000 di negeri ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Datuk Khalijah Abdul Malek berkata, pihaknya menyedari keperluan rakyat di negeri ini untuk memiliki rumah dengan harga lebih berpatutan.

Menurutnya, PKNP melihat usaha sebegitu dapat membantu kerajaan dalam memenuhi keperluan rakyat untuk memiliki rumah sendiri.

“Untuk masa akan datang dan sesuai dengan pasaran semasa kita sedang mengkaji semula pendekatan supaya dapat membina rumah-rumah yang boleh dijual dengan harga kurang daripada RM200,000.

“Ini supaya kita dapat membantu kerajaan untuk memenuhi hasrat rakyat memiliki rumah dan kita faham ramai rakyat di negeri ini perlukan rumah dengan harga demikian,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau ditemui ketika melawat rumah contoh di Taman Saujana Utama Jerantut sempena pelancaran semula dan promosi jualan di taman tersebut, esok.

Dalam pada itu, untuk merealisasikan hasrat tersebut, PKNP sedang mengkaji untuk menggunakan Sistem Binaan Berindustri (IBS) iaitu pembinaan pasang siap supaya dapat mengurangkan kos pembinaan.

“Tanpa gunakan teknologi baru agak sukar untuk kita membina dengan kos lebih murah.

“Dengan keadaan semasa,kos binaan agak tinggi dan untuk menggunakan sistem ini kita akan mencari kawasan sesuai,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau menyeru warga Jerantut dan sekitar tidak melepaskan peluang sempena promosi jualan esok bermula jam 8 pagi hingga 6 petang yang menawarkan diskaun istimewa dan tawaran menarik kepada pembeli.

Setakat ini taman tersebut berbaki 59 unit lagi menawarkan unit rumah teres setingkat bermula dengan harga RM217,834 ke atas dan rumah berkembar setingkat jenis A dan B dari harga RM288,000 ke atas.




Demikianlah Artikel PKNP RANCANG BINA RUMAH BAWAH RM200,000

Sekianlah artikel PKNP RANCANG BINA RUMAH BAWAH RM200,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PKNP RANCANG BINA RUMAH BAWAH RM200,000 dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/10/pknp-rancang-bina-rumah-bawah-rm200000.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :