PENTAS PD SATU KARYA WAYANG KULIT KISAH DONGENG PENLIPUR LARA

PENTAS PD SATU KARYA WAYANG KULIT KISAH DONGENG PENLIPUR LARA - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PENTAS PD SATU KARYA WAYANG KULIT KISAH DONGENG PENLIPUR LARA, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PENTAS PD SATU KARYA WAYANG KULIT KISAH DONGENG PENLIPUR LARA
link : PENTAS PD SATU KARYA WAYANG KULIT KISAH DONGENG PENLIPUR LARA

Baca juga


PENTAS PD SATU KARYA WAYANG KULIT KISAH DONGENG PENLIPUR LARA






Terkesima. Demi kuasa politik, manusia sanggup melakukan apa sahaja hinggalah ke tahap melupakan dosa yang dicipta.

Tambah memualkan kata Ketua UMNO Bahagian Maran, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin sebagaimana dalam entri terbaharu di facebooknya hari ini, untuk kuasa juga satu dosa baru direka dan dicipta untuk mengisi ruang kebencian di mata rakyat.

Itulah yang dilontarkan Shahaniza apabila melihat aksi bakal Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Ketujuh Tun Mahathir Mohamad yang sepentas dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson malam tadi.

“Anwar Ibrahim dan Mahathir duduk sepentas selepas 20 tahun. Bukan setakat duduk tetapi bercanda mesra. Berkongsi kuasa dan juga rasa?

“Walaupun asasnya dunia politik itu dikatakan tiada istilah ‘permanent friends or enemies’ tetapi aksi dua figura ini memualkan saya.

“Kepada mereka yang menjadikan mereka idola pastinya peristiwa malam tadi sebagai satu kemuncak kepuasan meraikan kejayaan PRU (pilihan raya umum) yang lepas tetapi kepada saya, yang pernah juga satu ketika dulu mengkagumi kedua-duanya, bagai melihat satu karya wayang kulit kisah dongeng penglipur lara. Ada rasa nak ketawa,” sinis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul itu.

Sudah pasti rakyat akan menanti episod yang seterusnya, ujarnya, yang lahir dalam keluarga politik, membesar dan mendengar serta menyaksikan pelbagai peristiwa kisah politik negara hinggalah kini menjadi seorang ahli politik.

Sesi ceramah mega Pakatan Harapan (PH) di Port Dickson malam tadi menjadi medan bagi pemimpin-pemimpin PH berterus-terusan memburukkan Barisan Nasional (BN) serta pemimpinnya walaupun BN tidak bertanding di kerusi tersebut terutama memanipulasi hutang negara dan mereka-reka isu 1MDB.

PRK kerusi Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober ini menyaksikan pertandingan tujuh penjuru antara calon PH yang diwakili Anwar, 71; Pas, Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazri Mokhtar, 57 dan lima calon Bebas antaranya Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, 69, dan bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 33.

PRK Port Dickson diadakan setelah penyandang Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi tersebut bagi memberi laluan kepada Anwar memenuhi cita-cita peribadi politiknya.




Demikianlah Artikel PENTAS PD SATU KARYA WAYANG KULIT KISAH DONGENG PENLIPUR LARA

Sekianlah artikel PENTAS PD SATU KARYA WAYANG KULIT KISAH DONGENG PENLIPUR LARA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PENTAS PD SATU KARYA WAYANG KULIT KISAH DONGENG PENLIPUR LARA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/10/pentas-pd-satu-karya-wayang-kulit-kisah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :