PEMANDU TEKSI GAGAL TUNTUT 'JANJI' PH HARAMKAN GRAB

PEMANDU TEKSI GAGAL TUNTUT 'JANJI' PH HARAMKAN GRAB - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PEMANDU TEKSI GAGAL TUNTUT 'JANJI' PH HARAMKAN GRAB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PEMANDU TEKSI GAGAL TUNTUT 'JANJI' PH HARAMKAN GRAB
link : PEMANDU TEKSI GAGAL TUNTUT 'JANJI' PH HARAMKAN GRAB

Baca juga


PEMANDU TEKSI GAGAL TUNTUT 'JANJI' PH HARAMKAN GRAB



Pemandu Teksi Gagal Tuntut ‘Janji’ PH Haramkan Grab


PEMANDU teksi yang menyokong Pakatan Harapan dalam pilihan raya lalu hingga berjaya menggantikan kerajaan Barisan Nasional gagal mendapat apa yang mereka harapkan.

Pemandu teksi yang mendapat pelbagai ganjaran daripada kerajaan BN sebelum ini menuntut kerajaan baharu mengharamkan khidmat Grab, tetapi impian mereka ini tidak dapat ditunaikan.

Terbaru dalam satu dialog di Langkawi hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perkhidmatan Grab tidak boleh diharamkan, tetapi boleh dikawal dan dikenakan peraturan supaya adil kepada pemandu teksi.

“Saya sudah bangkitkan soal teksi ini supaya ada persaingan sihat dalam kabinet tetapi nampak tak ada tindakan yang sesuai diambil.

“Saya juga sedar bahawa persaingan ini, Grab ini tak payah ada kereta yang diluluskan oleh kerajaan tak ada pemeriksaan Puspakom, insurans dan bayar cukai jalan biasa saja bukan seperti teksi.

“Persaingan ini hendaklah seimbang satu pihak orang teksi kena macam-macam syarat Grab tak kena apa syarat pun,” katanya dalam sesi dialog dengan pemandu teksi Langkawi, lapor Utusan Malaysia.

Ini jauh sekali daripada persepsi menjelang pilihan raya umum lalu, apabila ramai pemandu teksi merasakan tuntutan mereka supaya Grab diharamkan akan dilayan oleh PH.

Salah satu berita palsu yang menggemberikan pemandu teksi menjelang pilihan raya lalu ialah PH akan mengharamkan Grab sekiranya menang dan membentuk kerajaan.

Pemandu teksi menunjukkan sokongan besar-besaran kepada PH dan mengecam pentadbiran Najib yang dituduh terlalu memberi muka pada Grab dan mengabaikan kebajikan pemandu teksi.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14, persatuan teksi telah memberi amaran kepada kerajaan BN yang pemandu teksi akan mengundi PH kerana diabaikan oleh BN.

Pada Januari lalu, penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Datuk Shamsubahrin Ismail menegaskan beliau akan terus “mengugut” kerajaan BN jika tidak memenuhi permintaan mereka, membalas kenyataan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memujuk mereka.

“Saya dimaklumkan yang Datuk Seri Zahid dakwa saya ugut dan minta saya jangan ugut kerajaan.

“Ingin saya tegaskan bahawa saya akan ‘ugut’ lebih lagi daripada yang saya buat sebelum ini.

“Ini bukan ugut, ini adalah fakta,” katanya dilapor Astro Awani.

Wakil pemandu teksi itu menegaskan bahawa 70 peratus daripada lebih 180,000 pemandu teksi di seluruh negara akan menolak BN dan memberi undi kepada PH.

“Pemandu teksi di bawah syarikat saya sahaja hampir 5,000 orang. Mereka juga menyatakan kesediaan untuk tukar kerajaan jika kerajaan sekarang ini gagal mengambil langkah sewajarnya.

Katanya “70 peratus telah pun menyatakan hasrat yang sama kerana nasib pemandu teksi ni nampaknya tak terbela sampai sekarang.”

Selepas lebih lima bulan kerajaan PH memerintah, nampaknya perjuangan pemandu teksi semakin sukar, apabila PH rupa-rupanya ialah rakan baik Grab.

PH menunjukkan sikap yang amat mesra dengan Grab, apabila menyarankan khidmat itu menggantikan bas perantara pengangkutan awam, dan bekerjasama dalam kempen pilihan raya dengan Grab.




Demikianlah Artikel PEMANDU TEKSI GAGAL TUNTUT 'JANJI' PH HARAMKAN GRAB

Sekianlah artikel PEMANDU TEKSI GAGAL TUNTUT 'JANJI' PH HARAMKAN GRAB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PEMANDU TEKSI GAGAL TUNTUT 'JANJI' PH HARAMKAN GRAB dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/10/pemandu-teksi-gagal-tuntut-janji-ph.html

Subscribe to receive free email updates: