Judul : 40 NGO bentuk G3 hari ini bagi penyatuan Melayu desak PH
link : 40 NGO bentuk G3 hari ini bagi penyatuan Melayu desak PH
40 NGO bentuk G3 hari ini bagi penyatuan Melayu desak PH
Satu gabungan baharu yang dinamakan sebagai Gagasan Tiga atau G3 yang terdiri daripada 40 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dibentuk hari ini, dalam satu pertemuan bersejarah yang berlangsung di Kampung Pandan Indah.
Pertemuan tersebut turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin NGO dan para aktivis masyarakat bagi membincangkan situasi kerajaan yang memerintah hari ini yang dilihat sebagai membuka pelbagai ruang kepada perkara-perkara negatif dimainkan yang berkaitan agama, Melayu dan Institusi DiRaja.
Gabungan tersebut dibentuk atas satu keperluan yang mendesak untuk menyatukan seluruh masyarakat Melayu dan mengekang pelbagai perkara negatif yang timbul melibatkan pihak kerajaan Pakatan Harapan berikutan kekalahan mengejut kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14 yang lepas.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Dato’ Azwanddin Hamzah, turut bersepakat melantik Ketua Gerakan Malaysiaku Tanahairku, Raggie Jessy sebagai Pengerusi Gabungan serta melantik Presiden Persetujuan Malaysia, Amran Ahmad Nor sebagai Timbalan.
Berikutan pembentukan gabungan tersebut, G3 turut mengadakan mesyuarat sulung mereka dan menetapkan empat bidang utama yang memerlukan perhatian dan tindakan segera iaitu;
- Memelihara kesucian agama Islam
- Memupuk perpaduan Melayu
- Memperkasa keunggulan Institusi Raja-Raja
- Menjaga kebajikan ummah
Antara faktor utama yang membawa kepada pembentukan G3 adalah kesepakatan umum di kalangan para pemimpin NGO yang hadir terhadap ancaman kepada agama Islam, Institusi Diraja serta hak-hak orang Melayu yang berlaku mutakhir ini berikutan kelemahan dalam cara kerajaan Pakatan Harapan memerintah.
G3 memberikan komitmen sepenuhnya untuk membuat pengisytiharan rasmi serta menyatakan misi dan objektif mereka kepada umum dalam waktu yang terdekat.
(Berita dipetik dari berita asal melalui portal thethirdforce.net yang bertajuk 40 NGOs come together to establish Gagasan Tiga to unite Malays and to protect the rulers and Islam) - editor Malaysia
Demikianlah Artikel 40 NGO bentuk G3 hari ini bagi penyatuan Melayu desak PH
Sekianlah artikel 40 NGO bentuk G3 hari ini bagi penyatuan Melayu desak PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel 40 NGO bentuk G3 hari ini bagi penyatuan Melayu desak PH dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/10/40-ngo-bentuk-g3-hari-ini-bagi.html