Judul : SIAPA MAHADHIR NAK PERTIKAI HUKUMAN SYARI'AH ?
link : SIAPA MAHADHIR NAK PERTIKAI HUKUMAN SYARI'AH ?
SIAPA MAHADHIR NAK PERTIKAI HUKUMAN SYARI'AH ?
PIEM MAHADHIR FAHAM ATAU TIDAK KEHENDAK SYARI'AH ISLAM ?
JIKA TIDAK FAHAM, TUTUP MULUT.
JIKA TIDAK PUAS HATI, CIPTALAH SYARI'AH SENDIRI, JANGAN DOK MEMBEBEL TANPA ILMU.
JIKA TIDAK SUKA CARA ISLAM YANG ADA MAKA PERKENALKANLAH ISLAM ALA PAKATAN HARAPAN.
NAMPAKNYA ADA ISLAM YANG LEBIH ADIL AKAN DIPERKENALKAN OLEH PAKATAN HARAPAN.
YANG PELIKNYA PUAK-PUAK NI MASIH TIDAK PUAS HATI DENGAN HUKUMAN YANG DIJATUHKAN OLEH MAHKAMAH SYARI'AH TERENGGANU.
KEPADA YANG BERTANGGUNGJAWAB TENTANG AGAMA TOLONG TERANGKAN APA YANG MEMBUATKAN HUKUM SYARI'AH TERCIPTA, ADAKAH MEREKA HANYA MENGIKUT HAWA NAFSU ?
TOLONG BAGITAHU MAHADHIR IN MUHAMMAD, PIEM MALAYSIA !!!
-Pak Karamu-
Tidak cerminkan keadilan dalam Islam
Foto - FB Dr. Mahathir bin Mohamad
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hukuman sebat yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu terhadap pasangan kekasih lesbian (musahaqah) tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh Islam.
Menurutnya, umum mengetahui ia adalah kesalahan pertama pasangan tersebut dan mereka sepatutnya diberikan nasihat serta tidak terus dijatuhkan hukuman sebat sehingga diketahui seluruh negara.
Menurutnya, perkara tersebut akan memberi gambaran buruk kepada agama Islam itu sendiri.
"Sebab itu kami berpendapat bahawa, kalaupun ada kes-kes yang semacam ini, pertimbangan hendaklah diberi kepada keadaan tertentu yang mana dalam Islam kita boleh menjatuhkan hukum yang lebih ringan sementara kita memberi nasihat dan sebagainya.
"Amatlah penting kita menunjuk agama Islam ini bukanlah agama yang bengis yang suka menjatuhkan hukum-hukum yang berat yang mengaibkan orang. Ini bukan cara-cara yang digalakkan oleh agama Islam," katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menyatakan pandangan kerajaan PH selepas perkara tersebut dibawa ke dalam Mesyuarat Kabinet.
Isnin lalu, pasangan kekasih lesbian dihukum sebat di hadapan lebih 150 orang ramai di dalam Dewan Bicara 2, di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.
Hukuman enam sebatan oleh dua tukang sebat wanita dari Penjara Kajang, Selangor bertauliah berjalan lancar.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan lesbian dihukum sebat depan khalayak]
Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, kerajaan berharap semua pihak berhati-hati agar tidak mempamerkan Islam sebagai agama yang tidak ada tolak ansur dan tidak bertimbang rasa.
"Sedangkan kita selalu, apabila bermula (memulakan) sesuatu dengan Bismillahirrahmanirrahim, iaitu dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani tetapi kita tunjuk seolah-seolah dalam Islam ini tidak ada perasaan pemurah sama sekali.
"Inilah pendapat kerajaan PH pada mesyuaratnya hari ini," katanya.
Demikianlah Artikel SIAPA MAHADHIR NAK PERTIKAI HUKUMAN SYARI'AH ?
Sekianlah artikel SIAPA MAHADHIR NAK PERTIKAI HUKUMAN SYARI'AH ? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SIAPA MAHADHIR NAK PERTIKAI HUKUMAN SYARI'AH ? dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/09/siapa-mahadhir-nak-pertikai-hukuman.html