Judul : APABILA MANUSIA BERCAKAP PAKAI OTAK ......
link : APABILA MANUSIA BERCAKAP PAKAI OTAK ......
APABILA MANUSIA BERCAKAP PAKAI OTAK ......
SEMUA ORANG MELAYU FAHAM DAN ORANG CINA MAKLUM:
APABILA MAHADHIR BERGADUH DENGAN TENGKU RAZALI, MAKA SEMANGAT 46 DITUBUHKAN.
MAKA ERPECAHLAH ORANG MELAYU !
PABILA MAHADHIR BERGADUH DENGAN ANUAR, MAKA PKR DI TUBUHKAN. MAKA BERPECAHLAH ORANG MELAYU!
APABILA MAHADHIR BERGADUH DENGAN NAJIB, MAKA BERSATU DITUBUHKAN. MAKA BERPECAHLAH ORANG MELAYU !
APABILA PAS DENGAN GOLONGAN YANG NAK CEPAT MENANG DAN DUDUK PUTRA JAYA, MAKA PAN DITUBUHKAN. MAKA BERPECAHLAH ORANG MELAYU !
JADI MELAYU SUDAH BERPECAH LIMA. ORANG MELAYU KHUSUSNYA FAHAM TAK ?
ORANG BUKAN MELAYU MEMANG MEREKA SUDAH CUKUP FAHAM TERUTAMA DAP.
APABILA PAS DAN UMNO MENYEDARI HAKIKAT INI MAKA UMNO DAN PAS BERUSHA MENYATUKAN KEMBALI ORANG MELAYU, MAKA BERBAGAI-BAGAI PANDANGAN NEGATIF DIBERIKAN OLEH ORANG ANTI AGAMA DAN MELAYU !
MENGAPA ?
HANYA SEBAB MEREKA NAK MEROSAKKAN MELAYU DAN ISLAM, SEBAB ITU SIKAP BERBAIK-BAIK DIANTARA UMNO DAN PAS SANGAT DIGERUNI OLEH PAKATAN HARAPAN KHUSUSNYA DAN ORANG MELAYU BIADAB AMNYA,
OLEH KERANA ITU MAKA BERLAKULAH KENYATAAN SEPERTI DIBAWAH INI:
-Pak Karamu-
Perbuatan Pas itu tak boleh dimaafkan: Tun M
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berucap di Conference of the Electric Power Supply Industry (CEPSI) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto: SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR – Politik parti Pas yang membawa perpecahan kepada orang Melayu dan bukannya agama Islam, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Katanya perbuatan Pas itu tidak boleh dimaafkan di mana sebelum ada parti tersebut, orang Melayu tidak berpecah kerana agama.
“Hanya apabila Pas ditubuh barulah orang Melayu berpecah dan terpisah kepada dua puak yang bermusuh ketat. Perpecahan ini jugalah yang melemahkan orang Melayu. Demikianlah kelemahan orang Melayu sehingga Pas juga terpaksa meminta pertolongan orang-orang ‘kafir’,” katanya menerusi catatan terkininya di blog Chedet.
Bagaimanapun, beliau berkata Pas mendakwa parti itu tidak jadi ‘kafir’ meskipun bekerjasama dengan parti ‘kafir’ kerana kerjasama tersebut adalah “Tahaluf Siyasi”.
“Apa dianya Tahaluf Siyasi jika diterjemah ke Bahasa Melayu? Maknanya ialah “kerjasama politik” dan ini adalah sama dengan apa yang dilakukan oleh Umno apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC,” katanya.
Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata bahasa Arab (Bahasa al-Quran) jelas diguna untuk mengislamkan kerjasama Pas dan orang ‘kafir’.
Beliau berkata penerimaan ajaran pemimpin dan parti lebih utama daripada ajaran Islam di kalangan anggota Pas dan oleh demikian mereka sanggup bermusuh dengan orang Islam lain walaupun al-Quran menyebut bahawa orang Islam itu bersaudara.
“Kerana sikap inilah orang Islam (Melayu) di Malaysia berpecah sehingga sekarang,” tambah beliau.
Dr Mahathir berkata ramai lagi anggota parti itu yang masih taksub dengan Pas dan ajarannya walaupun sebahagian anggota sudah meninggalkan Pas.
“...dan perpecahan yang mendalam di kalangan orang Melayu adalah berterusan. Dia akan berterusan selagi Pas menyalahtafsir dan menyalahguna ajaran Islam.
“Inilah sebabnya yang saya tentang Pas,” kata perdana menteri.
Dr Mahathir berkata jelas bahawa Pas memecahbelahkan orang Melayu Islam dengan amat mendalam dan sehingga ke hari ini, masih ada sembahyang berjemaah berasingan di masjid yang sama.
Beliau turut berkata tiada ulama di Malaysia yang berani mendakwa bahawa pengkafiran orang bukan Pas adalah salah dan tidak menepati ajaran Islam.
“Pegawai-pegawai pemerintah yang bertanggungjawab berkenaan agama Islam juga membisu seribu bahasa,” tambah beliau. - Bernama
Demikianlah Artikel APABILA MANUSIA BERCAKAP PAKAI OTAK ......
Sekianlah artikel APABILA MANUSIA BERCAKAP PAKAI OTAK ...... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel APABILA MANUSIA BERCAKAP PAKAI OTAK ...... dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/09/apabila-manusia-bercakap-pakai-otak.html