KEM AZMIN MULA 'DEDAHKAN' DIRI

KEM AZMIN MULA 'DEDAHKAN' DIRI - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KEM AZMIN MULA 'DEDAHKAN' DIRI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KEM AZMIN MULA 'DEDAHKAN' DIRI
link : KEM AZMIN MULA 'DEDAHKAN' DIRI

Baca juga


KEM AZMIN MULA 'DEDAHKAN' DIRI



AFIF BAHARDIN


Menjelang hari penyerahan borang Pemilihan PKR pusat pada Ahad ini, mereka yang dilihat berpihak kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mula tampil mengemukakan pencalonan untuk menyaingi kem Rafizi Ramli yang seakan mendapat restu keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr. Afif Bahardin dan Hilman Idham yang disebut-sebut sebagai pengikut Azmin, secara bergandingan me­ngumumkan bertanding me­rebut jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda PKR atau Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam pemilihan yang akan bermula minggu depan.

Afif merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Pulau Pinang sementara Hilman adalah ADUN Gombak Setia, Selangor.

Beberapa ahli PKR sebelum ini menganggap kedua-dua pemimpin muda itu merupakan antara yang berada dalam kem Azmin lebih-lebih lagi Hilman sendiri yang berperanan sebagai Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.

Dalam meredakan ketega­ngan Anwar-Azmin, Afif dan Hilman dalam kenyataan bersama berkata, mereka telah memulakan perbincangan bersama Anwar dan pimpinan PKR di Permatang Pauh dan Gombak iaitu dua kawasan yang sinonim dengan Anwar serta kawasan Parlimen milik Azmin, dalam usaha mahu mengekalkan perpaduan parti.

“Mendepani cabaran ini, kami telah memulakan per­bincangan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan-pimpinan utama parti, teman-teman seperjuangan di Permatang Pauh dan Gombak serta akar umbi AMK bagi mem­bingkai muafakat yang utuh,” menurut kedua-dua mereka dalam kenyataan bersama di sini, hari ini.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Afif bagaimanapun menepis dakwaan beliau berada dalam kem Azmin dan sebalik­nya menganggap dirinya mewakili pasukan AMK dalam pemi­lihan kali ini.

Namun penganalisis dan bekas ahli PKR berpanda­ngan adalah satu rahsia terbuka bahawa mereka yang tidak berada dalam kem Rafizi akan cende­rung kepada Azmin.

Pencalonan tersebut akan menyaksikan Afif bakal menentang Akmal Nasir, calon Ketua AMK dari kem Rafizi yang aktif menyertai gerakan Invoke yang diasaskan oleh bekas Ahli Parlimen Pandan itu.

Akmal merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru selepas berjaya menumpaskan Tan Sri Shahrir Abdul Samad dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), namun pencapaian itu tidak cukup untuknya di­terima menyertai Kabinet Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Hampir kesemua yang menyertai kem Rafizi tidak mendapat tempat dalam Kabinet Dr. Mahathir.




Demikianlah Artikel KEM AZMIN MULA 'DEDAHKAN' DIRI

Sekianlah artikel KEM AZMIN MULA 'DEDAHKAN' DIRI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KEM AZMIN MULA 'DEDAHKAN' DIRI dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/08/kem-azmin-mula-dedahkan-diri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :