Judul : Jangan main-main sama Melayu
link : Jangan main-main sama Melayu
Jangan main-main sama Melayu
Petualan bawa ideologi Karl Marx bobrok tanpa agama nak dirai menjadi pejuang.
Bila juak-juak memegang takhta, Ahmad Maslan kini terlihat bijak.
Eloknya Tunku tak perlu tukar nama jadi Malaysia.
Biar kekal sampai hari ini tanpa toleransi dan berbagi, tanah kita pijak kekal namanya Tanah Melayu.
Orang Melayu kini berpecah banyak tetapi ingat baik-baik, jika Agama, Bangsa dan Raja disentuh dan diusik, orang Melayu mampu bersatu semula sekelip mata.
Jangan main-main sama Melayu.
.
SAIFUL NANG
Bila mengulas tentang politik orang suruh diam-diam sahaja dan jangan komen, kau bukan ahlinya. Kalaulah politik itu kebangsatannya hanya berlegar di kalangan mereka serta keluarga mereka dan tidak melibatkan kehidupan rakyat, tidak menyebab kenaikan cukai, tidak menjadikan RM jatuh, tidak sampai hantar anak belajar di Australia pun tersenak perut AUD besar dan RM makin ciput, tidak menyebabkan inflasi, tidak buat AJK surau bergaduh nak naikkan imam parti UMNO, PAS, PPBM atau imam DAP dan tidak mengganggu sistem kehidupan manusia yang aku sendiri termasuk dalam kalangan manusia itu...boleh lah aku senyap.
.
Kamu sendiri ada hak bersuara, kenapa kamu kekang orang lain untuk bersuara. Dulu yang sokong kerajaan lama, dipanggil pemakan dedak ataupun Machai. Yang sokong pembangkang dulu dikatakan pejuang. Hari ini, parti yang diperjuangkan pejuang dah jadi kerajaan. Adakah pejuang kini pemakan dedak ataupun Machai? Sampaikan bila disentuh sikitpun polisi yang baru, terus bersilat macamlah kerajaan baru ini maksum semua perkara. Lagi menarik, kerajaan yang dikritik boleh menerima kritikan tetapi "pejuang" yang kini "Machai" pula yang naik darah.
.
Kita sokong biarlah berilmu. Bukan menurut sahaja apa yang pemimpin kita buat tanpa timbang tara. Dalam solat berimam, makmumpun boleh tegur imam yang salah, tak kanlah aku tegur imam tiba-tiba kau jadi makmum sebelah pulak naik angin?
.
Sebab tu malas nak menulis. Kalau dulu menulis, boleh elak-elak lagi tak kena orang. Tapi sekarang, kalau menulis...elak macammanapun mesti ada yang terkena juga.
.
SAIFUL NANG
Demikianlah Artikel Jangan main-main sama Melayu
Sekianlah artikel Jangan main-main sama Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Jangan main-main sama Melayu dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/08/jangan-main-main-sama-melayu.html