BUKAN MENGEJUTKAN - KHALID

BUKAN MENGEJUTKAN - KHALID - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul BUKAN MENGEJUTKAN - KHALID, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : BUKAN MENGEJUTKAN - KHALID
link : BUKAN MENGEJUTKAN - KHALID

Baca juga


BUKAN MENGEJUTKAN - KHALID







Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengaku beliau tidak terkejut dengan pengambilalihan Syarikat Pengeluaran Air Sela­ngor Sdn. Bhd. (Splash) oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dengan harga RM2.55 bilion.

Katanya, ini kerana beliau sendiri merupakan individu yang diminta meletakkan ja­watan Menteri Besar pada 2014 berikutan kecenderungan kepemimpinan PKR mahu satu tawaran yang tinggi diberikan kepada Splash.

Beliau berkata, pendiriannya pada waktu itu tetap sama iaitu menolak permintaan berkenaan demi menjaga kepentingan rakyat sehingga dipecat keahlian oleh parti berkenaan dan menjadi wa­kil rakyat bebas pada Ogos 2014.

“Secara dasarnya saya tidak terperanjat dengan pengumuman ini (pengambilalihan) kerana sememangnya antara sebab saya diminta meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada 2014 adalah kerana kecen­derungan pimpinan PKR yang mahukan tawaran yang tinggi diberikan kepada Splash dan saya atas dasar menjaga kepen­tingan rakyat telah menolaknya,” katanya dalam Facebook, semalam.

Splash bersetuju memberi diskaun sebanyak 28 peratus berdasarkan nilai buku bersih syarikat terbabit sebanyak RM3.54 bilion pada 30 Jun lalu.

Keadaan itu menjadikan Air Selangor bakal muncul sebagai syarikat tunggal yang menjalankan proses merawat dan meng­agih air terawat kepada pengguna Sela­ngor, Lembah Klang dan Putrajaya menjelang tahun depan.

Tambah Abdul Khalid, pe­ngam­bilalihan dengan nilai RM2.55 bi­lion itu akan menjadikan rakyat negeri berkenaan membayar lebih 10 kali ganda dari apa yang ditawarkan kerajaan negeri Selangor pada 2013.

Katanya, strategi kerajaan ne­geri hari ini telah memberi pe­luang kepada pemilik saham Splash mendapat keuntungan dan pampasan yang berlebihan.

“Pada masa sama, ia juga telah meletakkan beban serta tanggungjawab untuk pembayaran tersebut ke atas rakyat dengan mengenakan tarif yang tinggi,” katanya.

Jelasnya lagi, beliau percaya kerajaan hari ini akan mengkaji semula atau mungkin menghentikan program pemberian air percuma kepada semua isi rumah di seluruh Selangor yang telah dilaksanakan sejak PKR mengambil alih kerajaan negeri pada tahun 2008 yang lalu.

“Saya doakan agar rakyat Selangor tabah menghadapi perubahan yang besar ini,” ujarnya.




Demikianlah Artikel BUKAN MENGEJUTKAN - KHALID

Sekianlah artikel BUKAN MENGEJUTKAN - KHALID kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel BUKAN MENGEJUTKAN - KHALID dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/08/bukan-mengejutkan-khalid.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :