Judul : Zionis balas dendam
link : Zionis balas dendam
Zionis balas dendam
Lieberman (kiri) umum Israel akan membina 400 penempatan haram di utara Baitulmaqdis.
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Israel bakal membina ratusan kediaman baharu di penempatan haram jajahan Tebing Barat di mana seorang penduduk Palestin menikam tiga rakyat Israel, kata Menteri Pertahanan Avigdor Lieberman, hari ini.
“Jawapan terbaik kepada keganasan adalah meluaskan penempatan,” tulis Lieberman di Twitter mengumumkan 400 unit perumahan di penempatan Adam di utara Baitulmaqdis, sehari selepas insiden itu.
Remaja terbabit menyelinap ke dalam penempatan itu pada malam Khamis, kata tentera Israel, menikam tiga orang sebelum ditembak mati.
Penyerang kemudian dikenal pasti media rasmi Palestin sebagai Mohammed Dar Youssef, 17, dari perkampungan Kobar.
Susulan itu, tentera menggeledah kampung pemuda berkenaan dan menyoal sejumlah anggota keluarganya dan menggantung permit kerja mereka. - AFP
Demikianlah Artikel Zionis balas dendam
Sekianlah artikel Zionis balas dendam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Zionis balas dendam dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/07/zionis-balas-dendam.html