Judul : TENGAH ADA KUASA NI GUBAL SEGERA
link : TENGAH ADA KUASA NI GUBAL SEGERA
TENGAH ADA KUASA NI GUBAL SEGERA
PERCEPATKAN GUBAL AKTA HINA AGAMA DAN KAUM KERANA SUDAH LAMA AGAMA TERUTAMA AGAMA ISLAM TELAH DI HINA AAKAN TETAPI SEMUA JADI PEKAK BADAK.
MASIH LAGI TERINGAT APABILA PAS BAWA RUU355 KERANA HENDAK MEMPERBAIKI MARTABAT AGAMA MAKA RAMAI YANG MENENTANG, DENGAN BERBAGAI ALASAN KEPENTINGAN POLITIK, TERUTAMA GOLONGAN TENTERA AHZAB, KECUALI UMNO.
Pak Karamu-
Kerajaan akan gubal akta bendung hina agama: Mujahid
Dr Mujahid Yusof Rawa
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - Kerajaan berhasrat mengemukakan rang undang-undang (RUU) Akta Kebencian Agama dan Kaum bagi membendung kes penghinaan agama di negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, akta itu meliputi agama Islam dan agama-agama lain di negara ini.
Katanya, sesiapa yang menghina mana-mana agama boleh diambil tindakan di bawah akta ini.
"Ini bagi menjamin kuasa yang ada dalam negara ini yang pelbagai kaum dan agama, perlu diberi perlindungan agar mana-mana agama sekali pun dilarang dicaci dan dimaki," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Ismail Mohamed Said (BN- Kuala Krau) di Dewan Rakyat, hari ini.
Dalam soalannya, Ismail ingin tahu langkah kerajaan membendung kes penghinaan agama di media sosial.
Ismail memberi contoh baru-baru ini seorang lelaki yang memuat naik status di Facebook menyentuh sensitiviti agama.
Mengulas mengenai kes tersebut, Mujahid berkata, pihaknya masih belum menerima laporan rasmi daripada pihak polis untuk diambil tindakan.
[ARTIKEL BERKAITAN: Polis Ipoh kesan lelaki hina nabi di Facebook]
Sementara itu, katanya, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan pertemuan dengan golongan ulama serta cendiakawan Islam pada 31 Julai ini bagi bertukar pandangan mengenai pelaksanaan Islam.
Ia termasuk bagi menjelaskan mengenai kenyataan Dr Mahathir berkenaan sunnah.
[ARTIKEL BERKAITAN:PM beri jaminan kerajaan laksana ajaran Islam sebenar]
Demikianlah Artikel TENGAH ADA KUASA NI GUBAL SEGERA
Sekianlah artikel TENGAH ADA KUASA NI GUBAL SEGERA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel TENGAH ADA KUASA NI GUBAL SEGERA dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/07/tengah-ada-kuasa-ni-gubal-segera.html