Judul : SHAHANIZA LAKAR SEJARAH DIPILIH KETUA UMNO BAHAGIAN WANITA PERTAMA DI PAHANG
link : SHAHANIZA LAKAR SEJARAH DIPILIH KETUA UMNO BAHAGIAN WANITA PERTAMA DI PAHANG
SHAHANIZA LAKAR SEJARAH DIPILIH KETUA UMNO BAHAGIAN WANITA PERTAMA DI PAHANG
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Dato' Sri Shahaniza Shamsuddin melakar
sejarah muncul wanita pertama yang dipilih mengetuai UMNO bahagian di negeri ini.
Shahaniza, 48, dipilih mengetuai UMNO Bahagian Maran selepas menewaskan penyandang jawatan itu, Dato' Sri Dr. Ismail Abd Muttalib dalam pemilihan parti, di sini semalam.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri sebelum ini ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian berkenaan.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), beliau mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Sentul sebagai kubu kuat Barisan Nasional (BN) dengan mendapat 5,541 undi menewaskan calon Pas, Mohd. Fazil Azmi Nadzri dan calon PKR, Bostamin Bakar.
Ismail, 64, pula mengekalkan kerusi Parlimen Maran yang disandangnya sejak empat penggal lalu itu pada PRU-14 selepas menewaskan calon Pas, Hasenan Haron dan calon PKR, Ahmad Farid Ahmad Nordin dengan majoriti 3,763 undi.
Jawatan Timbalan Ketua UMNO Maran pula dimenangi Saiful Anuar Mokhtar manakala Naib Ketua, Dato' Mukaram Shah Mokhtar.
Demikianlah Artikel SHAHANIZA LAKAR SEJARAH DIPILIH KETUA UMNO BAHAGIAN WANITA PERTAMA DI PAHANG
Sekianlah artikel SHAHANIZA LAKAR SEJARAH DIPILIH KETUA UMNO BAHAGIAN WANITA PERTAMA DI PAHANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SHAHANIZA LAKAR SEJARAH DIPILIH KETUA UMNO BAHAGIAN WANITA PERTAMA DI PAHANG dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/07/shahaniza-lakar-sejarah-dipilih-ketua.html