Judul : Seorang bekas PM, anak perempuan ditahan
link : Seorang bekas PM, anak perempuan ditahan
Seorang bekas PM, anak perempuan ditahan
Nawaz Sharif anak perempuannya, Maryam ditahan sejurus mendarat semalan.
LAHORE - PAKISTAN. Bekas perdana menteri Pakistan, Nawaz Sharif ditahan sejurus mendarat semalan dan bakal menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan rasuah.
Menurut kenyataan pentadbir di Islamabad, Sharif dan anak perempuannya, Maryam ditahan serta merta oleh pihak berkuasa sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.
Mereka mendarat di Lahore dan terus dibawa ke ibu negara, kata kenyataan itu lagi.
Sharif yang mendakwa menjadi sasaran kerajaan baru kini sedang berjuang untuk saki baki karier politiknya selepas kejatuhan parti Liga Muslim-Nawaz (PML-N) pada minggu terakhir kempen, menjelang pilihan raya 25 Julai nanti.
Hampir 15,000 penyokong beliau menyanyi dan menari di Mall, iaitu laluan utama di Lahore bagi menyambut kepulangan Sharif dari London.
Lahore ialah ibu negeri wilayah Punjab yang juga kawasan paling padat penduduk di Pakistan dan kubu kuat PML-N. -AFP
Demikianlah Artikel Seorang bekas PM, anak perempuan ditahan
Sekianlah artikel Seorang bekas PM, anak perempuan ditahan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Seorang bekas PM, anak perempuan ditahan dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/07/seorang-bekas-pm-anak-perempuan-ditahan.html