Judul : Mayat bekas suami jadi baja
link : Mayat bekas suami jadi baja
Mayat bekas suami jadi baja
Sinar, 21 Julai 2018
Alexander ditetak dengan kapak ketika sedang tidur, sebelum anggota badannya ditanam di kebun sayur untuk dijadikan baja. - Foto east2west
MOSCOW - RUSIA. Seorang wanita ditahan kerana membunuh bekas suaminya lalu memotong mayat mangsa menggunakan gergaji rantai dan menanam anggota badan itu di kebun sayur untuk dijadikan baja.
Olga Sterlyadeva, 32, menetak leher Alexander dengan kapak ketika lelaki itu tidur sebelum memotong mayat mangsa menggunakan gergaji besi di rumahnya di Staroe Slyakovo wilayah Tatarstan.
Ibu tiga anak tersebut pada mulanya membiarkan mayat Alexander, 32, yang ditutup dengan tanah di bilik bawah tanah sebelum menanam anggota badan mangsa di kebun sayurnya di belakang rumah.
Menurut akhbar Moskovsky Komsomolets, pasangan berkenaan sudah berpisah tetapi masih tinggal bersama kerana mangsa tiada wang untuk berpindah, Olga dikatakan membunuh mangsa kerana tidak dapat memaafkan kecurangan lelaki itu sepanjang perkahwinan mereka.
Mangsa dilaporkan hilang selama lebih enam minggu sebelum polis menemui mayatnya yang dipotong dan ditanam di kebun sayur di rumah berkenaan baru-baru ini.
Olga mengaku membunuh bekas suaminya dan memberitahu, dia menanam mayat mangsa di kebun untuk dijadikan baja.
Siasatan lanjut sedang dijalankan dan Olga berdepan hukuman penjara 15 tahun sekiranya didapati bersalah. - Dailymail
Demikianlah Artikel Mayat bekas suami jadi baja
Sekianlah artikel Mayat bekas suami jadi baja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mayat bekas suami jadi baja dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/07/mayat-bekas-suami-jadi-baja.html