MAS ERMIEYATI KENA LEPASKAN JAWATAN

MAS ERMIEYATI KENA LEPASKAN JAWATAN - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MAS ERMIEYATI KENA LEPASKAN JAWATAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MAS ERMIEYATI KENA LEPASKAN JAWATAN
link : MAS ERMIEYATI KENA LEPASKAN JAWATAN

Baca juga


MAS ERMIEYATI KENA LEPASKAN JAWATAN






Pergerakan Wanita UMNO mencabar wa­kil rakyat Barisan Nasional (BN) yang telah hilang kepercayaan kepada parti itu untuk melepaskan jawatan sebagai ahli Parlimen untuk memberi laluan kepada pilihan raya kecil diadakan.

Ketuanya, Datuk Dr. Norani Ahmad berkata, ini kerana kepercayaan rakyat mesti dihormati dan mereka mesti diberi hak untuk memilih wakil rakyat mewakili parti yang mereka percayai.

“Wanita UMNO ingin mengi­ngatkan Datuk Mas Ermieyati Samsuddin dan wakil-wakil rakyat BN yang lain bahawa status ahli Parlimen yang disandang bukanlah hanya kerana diri mereka sendiri tetapi ia merupakan kombinasi kerja kuat jentera Jalinan Rakyat dan kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan BN.

“Jika ada masalah atau isu dengan kepimpinan dan perjalanan UMNO, perkara ini patut dibincangkan bersama dengan baik di dalam UMNO hingga ke peringkat tertinggi, jangan gunakan ketidakpuasan hati ini untuk keluar parti dengan alasan hilang kepercayaan,” kata­nya dalam kenya­taan di sini hari ini.

Sehingga hari ini, tiga ahli Parlimen UMNO me­ngumumkan keluar daripada parti itu dan menjadi wakil rakyat bebas menjadikan kerusi Parlimen UMNO hanya tinggal 51 kerusi.

Mereka terdiri daripada Mas Ermieyati (Parlimen Masjid Tanah), Datuk Dr. Noor Azmi (Bagan Serai) dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).

Menurut Noraini keputusan ketiga-tiga wakil rakyat ini terutama Mas Ermieyati untuk menjadi wakil rakyat bebas ini ternyata telah mengkhianati kepercayaan pengundi-pengundi yang telah memilih mereka yang mewakili UMNO dan BN.

“Mas Ermieyati juga dengan mudah melupakan kerja kuat seluruh jentera Jalinan Rakyat dan BN yang bertungkus lumus semasa kempen PRU-14 sehingga beliau berjaya menang kerusi Parlimen Masjid Ta­nah,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Wa­nita UMNO juga akan berbincang de­ngan pasukan un­dang-undang UMNO untuk melihat cara bagaimana untuk menangani perkara ini supaya ia dapat dielakkan dari ber­ulang kembali.

“Pengkhianatan terhadap kepercayaan rakyat yang memilih BN oleh ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat parti atau pun keluar menjadi Bebas perlu dihentikan.

Tambahnya, kepercayaan rak­yat tidak boleh dijadikan alat untuk seseorang individu melunaskan kehendak politik peribadi.




Demikianlah Artikel MAS ERMIEYATI KENA LEPASKAN JAWATAN

Sekianlah artikel MAS ERMIEYATI KENA LEPASKAN JAWATAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MAS ERMIEYATI KENA LEPASKAN JAWATAN dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/07/mas-ermieyati-kena-lepaskan-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates: