Majlis Penasihat Kerajaan tak paksa Nazir lepas jawatan CIMB

Majlis Penasihat Kerajaan tak paksa Nazir lepas jawatan CIMB - Hallo sahabat Malay Post, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Majlis Penasihat Kerajaan tak paksa Nazir lepas jawatan CIMB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Berita Berita, Artikel Berita dini hari, Artikel Berita hangat, Artikel Berita harga, Artikel Berita hari ini, Artikel Berita islam, Artikel Berita jalanan, Artikel Berita kemarin, Artikel Berita malam ini, Artikel Berita politik, Artikel Berita terbaru, Artikel Berita war, Artikel ini Berita, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Majlis Penasihat Kerajaan tak paksa Nazir lepas jawatan CIMB
link : Majlis Penasihat Kerajaan tak paksa Nazir lepas jawatan CIMB

Baca juga


Majlis Penasihat Kerajaan tak paksa Nazir lepas jawatan CIMB

 | July 1, 2018
Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan berkata, terpulang kepada Nazir Razak jika beliau mahu melepaskan jawatan pengerusi Kumpulan CIMB sebelum tamat kontrak.
Nazir Razak sedia berundur jika Lembaga Pengarah CIMB, pemegang saham dan Bank Negara mahu beliau meletak jawatan lebih awal. (Gambar Reuters)
KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) tidak memaksa sekiranya Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak mahu berhenti awal sebelum kontraknya berakhir Ogos 2019.

Pengerusinya, Tun Daim Zainuddin berkata, keputusan meletak jawatan terpulang sepenuhnya kepada Nazir.

“Terpulang kepada dialah, masing-masing ada kontrak. Kalau dia nak berhenti awal terpulang kepada dia,” katanya ringkas mengulas status Nazir selepas merasmikan Majlis Pelancaran Buku Aishah Ghani Srikandi Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad (KJMWB) dan logo barunya hari ini.

Sementara itu, Nazir dalam satu kenyataan hari ini berkata, beliau belum memutuskan sama ada akan melanjutkan tempoh kontraknya yang akan berakhir tahun depan, namun akan mengundur diri sekiranya Lembaga Pengarah CIMB, pemegang saham serta Bank Negara mahu beliau meletak jawatan lebih awal.

Terdahulu, pada majlis itu, Pengerusi KJMWB, Armi Zainudin berkata, buku terbitan koperasi itu mengisahkan perjuangan tokoh wanita Tan Sri Aishah Ghani dalam mengendalikan KJMWB sejak penubuhannya pada 1974 sehingga menjadi sebuah koperasi wanita Melayu yang berjaya dan paling lama di Malaysia.

Menurutnya, pengenalan logo baru koperasi itu sejajar usaha menarik ahli baru menjadi tenaga pelapis, di samping tampil lebih dinamik, segar dan menggambarkan kemantapan yang ingin dibentuk.

“KJMWB bertekad untuk memesatkan lagi aktiviti pembangunan sosio ekonominya, jadi kami perlu membuat persiapan memasuki fasa pertumbuhan lebih mencabar melalui suntikan modal, idea bernas dan tenaga pelapis yang komited.”

Turut hadir Pengerusi Yayasan Suara Wanita (Yusnita), Tan Sri Zaleha Ismail; Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh
FMT


Demikianlah Artikel Majlis Penasihat Kerajaan tak paksa Nazir lepas jawatan CIMB

Sekianlah artikel Majlis Penasihat Kerajaan tak paksa Nazir lepas jawatan CIMB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Majlis Penasihat Kerajaan tak paksa Nazir lepas jawatan CIMB dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/07/majlis-penasihat-kerajaan-tak-paksa.html

Subscribe to receive free email updates: