Judul : Luahan hati rakyat Malaysia yang fasih Mandarin
link : Luahan hati rakyat Malaysia yang fasih Mandarin
Luahan hati rakyat Malaysia yang fasih Mandarin
Sebagai seorang Melayu yang pernah dapat didikan 4 tahun di Sekolah Menengah Persendirian Cina Chong Hwa Jalan Ipoh Kuala Lumpur, ingin sangat aku nak tambah sepatah dua kata pasal tulisan saudara ni (gambar pertama). Aku pun baru tahu ada manifesto ni.
Aku mulakan dulu apa itu UEC atau Unified Examination Certificate. Dulu waktu sekolah, benda ni lah yang kita paling takut sekali sebagai pelajar, dalam Mandarin kita panggil 统一考试 atau 统考. Seingat aku, UEC ni dibahagikan kepada dua fasa, satu kita ambek waktu form 3, satu kita ambek waktu form 5 atau form 6.
Dekat Malaysia, selain daripada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan yang kita sedia maklum, korang mungkin pertama kali dengar Sekolah Menengah Persendirian Cina macam sekolah Chong Hwa aku ni, kalau dalam tulisan English, dia ada kurungan P, yang bermaksud “private”, kalau dalam tulisan penuh Cina, dia ada kurungan 独, yang bermaksud “merdeka, asing, sendiri.”
Dulu zaman aku sekolah menengah, top schools untuk sekolah private Cina ni ada dua dekat KL, kalau bukan sekolah aku Chong Hwa, kedua orang mesti kenal Confucian Private School; sekolah lain tu ada, tapi aku tak berapa ingat. Pencapaian akademik sekolah aku Chong Hwa tu antara yang top among Chinese private secondary schools in Malaysia.
Yuran tak payah cakap, mahal tapi berbaloi dengan segala macam ilmu akademik yang kau dapat dalam tu, sebulan RM 300 tak lari. Seawal tingkatan satu, diorang dah pecahkan sains dan matematik kepada fizik, kimia, bio dan algebra, geometry dan lagi satu apa entah aku lupa. Aku dah belajar pasal Archimedes Method seawal tingkatan 2 dan 3 lagi.
Nak describe pasal sekolah private yang kena ambek UEC ni cuma ada satu je kata adjektif: Seksa.
Selain daripada bahasa Malaysia, tiada satu pun subjek yang mudah atau average bagi aku dulu, dari English dia, Mandarin dia, Add Math dia, Sejarah dia, you name it. Itu belum aku cakap pasal subjek 文言文古文, iaitu Bahasa Cina Lama/kuno, syair dia, terjemahan teks dari kuno ke moden, kitab-kitab kuno yang orang China tanah besar kena hafal, kita kat Chong Hwa hafal benda yang sama. Buku sejarah dia setebal dua ibu jari, boleh kata setiap halaman buku tu ada highlight penting, dan diajar dalam bahasa Mandarin. Subjek accounting aku waktu form 4 adalah dalam bahasa English.
Macam aku cakap, tulisan aku akan ada emosi sikit. Dan ini perspektif aku sebagai seorang yang membesar di kalangan Cina Malaysia yang dapat didikan elit seawal usia 13 tahun.
Sebelum aku mula, ni aku siapkan sekali gambar berdata untuk pencapaian UEC tahun 2017 seluruh negara. Perhatikan tiga baris pertama dalam subjek bahasa, 华文 Bahasa Mandarin, 马来西亚文 Bahasa Malaysia, dan 英文 English. Perhatikan row paling kanan, peratus gagal— Bahasa Malaysia peratus gagal paling tinggi di antara ketiga-tiga bahasa.
Emosi ni muncul bila aku masuk kolej di Guangzhou pada tahun 2006 sehabis SPM. Dulu aku agak bangga dan rasa gah bila berbahasa Mandarin di Malaysia, tiap kali aku jumpa Cina Malaysia, aku dok pumpang aku ni bekas budak Chong Hwa, sekolah private elit paling power di Malaysia. Aku bangga bila dapat potong harga beli Nokia dekat Pertama Kompleks pakai bahasa Mandarin.
Tapi semua bangga ni hilang bila aku jumpa Cina Thailand, Cina Indonesia dan Cina Madagascar di Guangzhou.
Sebelum aku kejar degree aku dalam perguruan Mandarin, aku pernah melepak sekali dengan kawan-kawan lama dari Chong Hwa dekat satu kedai mamak di Jalan Ipoh, friends reunion lah katakan. Kita ketawa, kita ingat balik memori lama waktu sekolah menengah.
Tapi, takde seorang pun dari kawan Cina aku yang ingin berborak dengan aku dalam Bahasa Malaysia. Waktu tu, aku rasa perkara tu perkara remeh, mungkin waktu tu aku sendirian je Melayu di kalangan diorang, so we chose to communicate in Mandarin.
-----------------------------------------------------------------
“Kenapa sesama engkorang tak bercakap dalam bahasa Malaysia eh?”
Aku ingat lagi Bun Chok Ling, kawan Cina aku dari Singkawang Indonesia, tegur aku dekat dalam dorm sebab dia perasan aku berhubung dengan Cina Malaysia pakai Mandarin.
“Oh, aku takkan cakap aku ni Cina, aku akan cakap aku ni orang Thai, memang aku keturunan Cina, tapi bahasa pertama aku bahasa Thai, bukan Mandarin.”
Apirak Tee pernah terangkan ke aku waktu aku tanya dia pasal bangsa dan suku yang ada dekat Thailand. Apirak ni antara kawan Thailand aku yang paling power tahap Mandarin dia waktu kolej, tapi sesama pelajar Thailand yang lain, dia akan berhubung pakai bahasa kebangsaan mereka, Thai.
Bila waktu habis main bola di padang kolej, cemburu betul aku tengok pelajar-pelajar dari negara lain berhubung sesama sendiri dalam bahasa kebangsaan diorang. Yang Cina Thai dengan bahasa Thai dia, yang Cina Myanmar dengan bahasa Myanmar dia, yang Cina Ecuador dan Venenzuela dengan bahasa Latin dia.
Engkau nak aku cerita cemana keluarga mertua Cina aku dekat Madagascar tu cakap bahasa Malagas yang baru dua generasi dekat Afrika tu? Tak payahlah, sedih nanti kau bandingkan dengan Cina Malaysia punya bahasa kebangsaan.
----------------------------------------------------------------
Kau pergi ke hujung Indonesia yang nama tempat Makassar tu pun kau akan nampak dan dengar Cina dia bersembang dalam loghat tempatan. Malaysia? Orang macam Namewee yang hina Negaraku yang mereka jadikan idola.
Rakyat sesebuah negara itu bersatu salah satu sebabnya kerana bahasa, satu bahasa.
Dari zaman merdeka lagi, pimpinan negara yang kebanyakkan terdiri dari bangsa Melayu tak pernah menghalang aktiviti kebudayaan dan agama dan dari bukan Melayu. Malah yang Melayu ni yang serap kebiasaan mereka: kitorang, diorang, apa benda, takdehal, etc.
Dari zaman tok nenek kita lagi kita diajar hormat tamu, banyakkan bertolak ansur, terima kekurangan orang lain.
Tapi,
Engkau marah kan bila tengok golongan LGBT, liberal, sekular selinap masuk ke Malaysia? Sama juga orang Eropah marah bila tengok ada orang nak tegakkan Syariah dekat tanah mereka. Sama juga aku marah bila tengok Cina Malaysia tak reti berbahasa kebangsaan. Sama juga bila Utusan Malaysia pampang headline besar “Apa lagi Cina mahu?”
Untuk apa aku berbangga dengan kemampuan bahasa Mandarin dan Kantonis aku, walhal mereka yang dah lebih 3 generasi di Malaysia tu masih gagap berbahasa kebangsaan?
Itu semua emosi, sense of belonging, jati diri.
Sekarang, sebagai rakyat Malaysia, aku takkan pernah berbangga dapat bertutur fasih dalam Mandarin, apatah lagi depan Cina Malaysia, sikit pun tak bangga. Itu cuma satu kelebihan sepertimana seorang Melayu boleh berbahasa Arab.
Tapi sebagai seorang Melayu, aku ingin sekali tengok setiap Cina di Malaysia fasih berbahasa kebangsaan seperti Ong Kim Swee. Bukan sahaja pencapaian jurulatihnya yang kita banggakan, malah bahasa Melayunya buat kita rasa nak berborak lama dengan beliau.
Supaya kita lebih bersatu.
----------------------------------------------------------------
Beberapa poin penting yang aku dapat dari pembaca lain untuk seimbangkan penulisan aku:
1. Keadaan berbeza dengan Cina Malaysia yang tinggal di negeri Kelantan dan Terengganu.
2. Keistimewaan Melayu.
3. Nisbah penduduk di sesuatu tempat yang bagi kesan kepada proses asimilasi antara kaum, contoh Kelantan & Terengganu, bilangan kaum Cina lebih rendah, mereka bercampur dengan orang setempat dan keupayaan untuk berbahasa dalam loghat setempat tiada masalah.
4. Masalah kelangsungan sekolah Jenis Kebangsaan, Tamil & Cina: penyatuan semua kaum di bawah satu sekolah.
5. Masalah orang Melayu sendiri yang tak menitikberatkan perjuangan bahasa.
6. Masalah YB dan Menteri-Menteri Besar di Parlimen yang bukan Melayu yang tunggang langgang bahasa Kebangsaan mereka.
7. Beberapa poin penting dari saudara Riko Azril dan Kenneth QCY.
8. Perbandingan paling dekat: Indonesia.
Sumber:Whatsapp (penulis tidak dapat dikesan)
Demikianlah Artikel Luahan hati rakyat Malaysia yang fasih Mandarin
Sekianlah artikel Luahan hati rakyat Malaysia yang fasih Mandarin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Luahan hati rakyat Malaysia yang fasih Mandarin dengan alamat link https://malaypostt.blogspot.com/2018/07/luahan-hati-rakyat-malaysia-yang-fasih.html